Monday, August 8, 2011

Minta Tolong Atau Mempergunakan?

Dalam dunia blog ni, aku dah macam superhero. Banyak yang suka minta tolong aku. Aku tahu aku boleh terbang. Tapi itu adalah header semata-mata. Ada yang aku layan, ada yang aku tak layan. Kebanyakannya aku layan. Tapi yang aku tak layan bila berkaitan flash.

Mintak tolong ajar flash takpe, aku boleh bagi guide. Tapi aku tak boleh harapkan aku je. Kenalah berdikari. Google apa guna? Youtube apa guna? Nak maju kena explore sendiri, seriyes. Kau akan belajar lebih kalau kau tak manja. Lambatlah maju seseorang yang tak reti gunakan Google dengan sebaiknya.

Tapi kebanyakan yang mintak tolong tu, mintak header free. Kalau yang rapat, itu okay lagi. Mungkin dia gurau, walaupun masih menaruh harapan. Aku tolak dengan baik. Mungkin dia akan cakap aku poyo sebab tolak kemahuannya. Tapi lantak lah nak cakap apa. Nak jaga hati kau je, hati aku ada kau jaga?

Banyak juga kes, aku tak pernah kenal kot. Kadang-kadang email, atau baru je add aku kat Facebook mintak header. "Ayeem, kau terer flash kan? Boleh tolong bla bla bla". Kejap, kau siapa ni nak mintak tolong aku? Kenal pun tak? Aku takde lah jawab macam tu. Aku cakap baik-baik "Aku tak buat benda free". Kalau tak reply langsung pun ada, tapi baru sekali rasanya.

Tapi aku persoalkan balik. Adakah tu namanya meminta tolong? Atau kau mempergunakan aku? Even dari mula blogging dulu aku takde buat benda free melainkan header Hamzah Ian, Faiz Tapit, Yuyu Zulaikha, Cik Epal. Mana-mana header yang ada muka aku je yang free. Aku bagi free sebab aku tahu akan terjadinya win-win situation. Berbaloilah aku buat pun.

So, bukan senang lah nak dapat barang free dengan aku. Kalau aku dah bagi benda free kat 100 orang, berapa ribu lagi yang akan datang? So, tak perlu lah mintak-mintak lagi. Mungkin korang cakap aku kedekut. Lantak kan. Aku bukan orang yang banyak terluang masanya. Kalau korang ada kat tempat aku, baru korang tahu macam mana susahnya nak jaga hati ramai orang.



Comments
22 Comments

22 comments:

Robot | Sakti said...

bro, buat header untuk aku boleh?


boleh penampor, nak?

jawapan ko.hehe

Akim said...

huhuhuhuhuhuhu.. nak bro nak ! lulz

Firdaus said...

abg ayeem nak header... :P hahaha

bibi bibo said...

bahahah , sian kau doe

Eiza Kamarul said...

sabar je lah ye. =)
look on the bright side, people do acknowledge your work and they believe that your work is good, sebab tu diorang nak you tolong buatkan. ^_^

so take a chill pill and chill aite?


Eiza Kamarul ^_^

The Sharkox said...

emo nampak..

tapi betul jugak...

rimas sebenarnya tanya macam2 kadang2 benda yg kita bukan dalam bidang pun dia tanya macam kita tau semua benda..

mana ada benda free, nak isi angin kat stesen minyak boleh la dapat free..

Farhan Hanif said...

rasanya aku adalah salah sorang yg selalu mintak tolong ni..sorry la klu byk tya...puas dah aku cari cara nak buat flash yg buku nota tu...semua keyword yg aku taip asyik tak menepati apa yg aku cari je...

mmg betul belajar sendiri lg senang igt...=D

hamzah ian said...

aku paham

Ayeem Jemain said...

utk flipbook tu, nah aku bg link. http://pageflip.hu/pageflip2/index.php

syuE said...

syue menang contest dpt header ayeem ayam :DDDD

Dalin said...

alololo... kasiannya.. normal la manusia ni ayeem ayom~

Faiz Tapit said...

takde ke yang nak suro aku buatkan header?
hahah

anyway, tenkiu ayam. heee

♥CIK SHA♥ said...

amboi..mengamok dah abam ayam kite ni..kuikuikui..biasalah tu..bile kite ade kelebihan..mesti ade yg ambik kesempatan..normal situation..;p

Ujang9897 said...

tacing aku baca..sbb terasa hahaha

tq ayeem..=)

Yuyu Musa said...

sabo ayeem.aku penah gak mitak tolong ko buat header tapi aku gurau.hihik..

ko pon penah guide aku try buat flash.tengkiu ayam.

Eyka said...

saboo je la wey..=.="

<----tak pernh mintk rase ye kan kan? cume curi2 ayam pernh la kat cni dulu..grrr! hahaha:P

sarah hanafiah said...

setuju ! dah penah rasa apa yang ayeem ayam rasa !!T_T

rara aziz said...

yeemyam

comel cara meluah. tu la, susah jadi org tere buat menda2 cantek ni like header and y ko buat kat blog ko ni. adat lettew :D

DaYaH JeLitA said...

cian ayeem..sabar ye cu *tepuk bahu*
susah eak wat flash? nnt nak belajar lah sbb nampak setai cangat..^^

Farhan Hanif said...

thanks ayeem...=D

Shahbri said...

mane muka ko kat header aku????

wannurfazrini said...

mcm tu aku menunggu kau offer kat aku lah :D