Saturday, September 3, 2011

Tak Pernah Merasa Suasana Balik Kampung


Selama aku hidup hampir 22 tahun ni, aku tak pernah lagi merasa suasana balik kampung. Kampung aku yang belah abah dekat sebelah rumah je. Lebih kurang 7 tapak dari rumah aku. Kampung belah mak aku pulak dekat Bukit Naga Shah Alam. Lebih kurang 15 minit dari rumah aku. Kiranya aku ni memang pure Selangor lah.

So, memang lah aku tak pernah merasa suasana balik kampung sebab semuanya dekat. Aku pernah pasang angan-angan nak kahwin dengan orang jauh, so that dapat merasa suasana balik kampung. Even, makcik pakcik aku suruh cari yang dekat-dekat je biar senang balik raya, tak gaduh. Hehe.

Tapi jauh tu, tak nak lah jauh sangat. Setakat 2-3 jam perjalanan dari KL, naik kereta cukuplah kot. Haha. Negeri mana eh? Aku bukan reti sangat, tak biasa berjalan. Hehehe. *mengada*

P/S: 5 kali couple, first orang Penang, pastu orang Perak, no 3 dan 4 tak ingat. Hahaha. Ex latest orang Kedah. Tapi semua tak pernah dating. Long distance je.



Comments
18 Comments

18 comments:

~Raihayu Raney~ said...

long distance couples mmg hebat kn??mcm saye jugek la..haha

Saddila said...

kan dila da kata , NEGERI SEMBILAN .

nnt boleh datang time abg ayeem kahwin .

ish -__-''

Syafiq Salim said...

Mmg laa xpernah dating, ayam ada ke dating ? main redah terus..wakaka :)

Hada Anuar said...

cari negeri plg jauh dgn slgor..:p

hamzah ian said...

fakyu

Areliff said...

marah hamzah ian ha3

maizatul. said...

ololo sedihnya :( hahaha

hidayahjamal said...

wah, maybe expert relationship lng distance ni, carila jodoh seswai

Nafisah Ruslan said...

toksah jauh2... oghang nogoghi banyak yg comel2.. hehe

Husna said...

carilah yg sesuai..xkira la jauh ke dekat ke..yg penting serasi..

selamat hari raya Ayeem

NUR AMINA said...

mudah-mudahan dapat yg solehah...asal mana x penting, betul tak?

tcher_vera said...

cukup 13 buah negeri, br pilih nk isteri dr negeri ne..baru la ley pggl ayam.. :)..

iMah said...

N9.. ho ho ho

keyna kina said...

wahaha . muka aku lahh . amik orang jauh lah senang, bolehh jalan2 makan angin .

wannurfazrini said...

susah eh nak maintain Long distance relation? aku dgn org johor, aku kl 2 tahunnnn sudahhh!

Ayeem Jemain said...

fadz aku plg tahan pun 2thn setengah kot. dengan yg kedah tu

gadis melayu said...

sama la kita.. pure slangor.. mmg xleh nk watpe.. ibu port klang.. bapak kajang.. duduk kt klang.. terbaek..

Anonymous said...

Terima kasih atas informasi menarik