Saturday, December 10, 2011

15 Perkara Pasal Ombak Rindu


Tadi pagi pergi tengok filem Ombak Rindu dengan adik beradik. Adik perempuan aku ajak tengok. Ayat di sebelah aku bold untuk tekankan bahawasanya aku ni bukanlah mamat novel. Tapi, adik aku memang kuat baca novel. Ada beberapa perkara yang aku nak cerita pasal pertontonan aku tadi.
1. Sound quality suara pelakon 32kb/s, pecah! Tapi, sound quality lagu 256kb/s.
2. Maya Karin sangat cun gila bila bertudung, teringat kat Bella pulak.
3. Mak Aaron sangat jelik gila rupa dia, teringat kat Rosmah Mansor pulak.
4. Banyak adegan/dialog yang sepatutnya bukan lawak tapi jadi lawak.
5. Masa adegan ranjang urut kaki, sentuh pipi, aku tutup mata, cuma dengar je.
6. Tak bernafsu bila tengok rambut Lisa masa baru sampai airport.
7. Masa tengah syok tonton, alarm handphone aku berbunyi. Panas muka, malu.
8. Aaron bukan main ganas masa dengan Maya, tapi takut dengan Lisa?
9. Penggunaan 'MashaAllah' salah situasi, sepatutnya 'Astaghfirullahalazim'.
10. Julia Ziegler buncit bergegar.
11. Lakonan Lisa yang kononnya baran kurang menjadi.
12. Banyak kali jugak mata berair, tersalah order Popcorn perasa bawang pulak.
13. Menitis juga air mata jantan yang tak berapa jantan aku ni masa scene Aaron terlantar kat hospital. Kesetiaan Maya buat aku tacing. Darnit! Jiwang jugak aku ni.
14. Masa keluar panggung, ada seorang anak ni bahan bapaknya sebab menangis.
15. Jalan cerita memang best lah pada aku. Hebat penulis novelnya.
P/S: Kesimpulannya, jiwang jugak aku ni, patutnya aku ni pergi Rokdewel 2011.



Comments
35 Comments

35 comments:

Farhan Hanif said...

suka point #3...hahaha

✿ pink velvet ✿ said...

pergh! ayeem pon bole nangis kire hebat jugaq lah cite ni, hehehe~

still blom tgk, nak tunggu kat astro first je lah jawabnyer *sobs sobs*

IQ = Iez Qis said...

ayeem bley nangis tengok ombak rindu? ni yang nak tengok nih~~~

tengok ombak rindu, bukan tengok ayeem...haha!

Cik Bulat said...

Hahaha ! Ayeem ! asal lah aku tak join sekaki time tu, kompem aku bahankan kau. aku pantang betol nampak laki nangis nie. HAHAHAHAHA !!

Pure Lily said...

wow... nk tgk jugak laaa

cerkLeng said...

popcorn perasa bawang???hahaha..

NURUL NADIAH MAMAT said...

ahaha...1st time dengar lelaki nangis tgk citer.... #okbai

Syat0za Zai said...

ayeem nangessssss~ xD

Saddila said...

ececehh number 5 . haishh .

Syat0za Zai said...

yeke aksi ranjang tu tutup mata? nguahahah~

SyazwaniAqilah said...

nombor 7 tu lawak :P

~hidaayah~ said...

cuba try bce novel dia.. sure lg taching! dan xrugi.. :)
p/s : lelaki yg menangis tu mkne nyer ade perasaan.. hati nye lembut.. hahaha.. btul ke ek? anggap jer btul..

Hakeem Yusof said...

selama aku kerja dekat GSC tak penah pulak aku serve popcorn bawang. nnt aku usulkan dekat manager suruh buat perisa baru

laskar pelangi said...

terbaik lahhh hang boleh menangis...ada pmpuan lain pun tak leh nak menangis layan movie ni..part nom 5 tak leh tahan =D HAHAHA

Aflina Affandi said...

Tadi baru tengok. Entah kenapa langsung mata tak nak keluarkan air mata siap boleh gelak. Hahahaha, tapi ombak rindu mmg banyak scene kelakar. Surprise surprise *gaya lisa*

♛ NazirahMoktar ♛ said...

best ye..memg la best..novel die lagi best,,terasa betul msa hariz pukul izzah tu =,=

jieha jamal said...

ahh~~~semakin tension aku...ayeem dah tgk..aku pun belum tgk lagi..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

bila ayeem sendiri ckp best, pasti best! susah laki nk tgk filem melayu tacing2...kan? hehe

senorita zanie said...

suara pembaca berita tu yg wat aku gelak giler2 dlm hall. ntah pape~

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ said...

Wahh~~ , x tgk lgi citer ni~~

sheeraYaakob said...

sama pendapat kita

kisah hati said...

nur kasih lagi sedih, lagi bdak setan lg best haha...

atiqsalleh said...

jalan cerita sebab dari novel.. memang la best.. ombak rindu nie memang best seller pun...

CekbOlat-bOlat said...

no 5 tuh bolat tak pecaya ! haha

Anonymous said...

no 15 tuh sepatotnya kpd lakon layar dia. sbb nye crita ni lain daripada novel.

MR. SYAH said...

aku sokong point nombor 6...

Anonymous said...

LOL. Harharhar I laughed when I read tiz ;p

Yuyu said...

1 lagi..dari awal sampai habis satu laguu je duk main...kurang bajet buat lagu ke apa.heh

cikpia said...

kalo ko yang BAJET ganas pun nanges, aku yang cengeng ni caner?

so TAKNAK tengok ombak rindu. sekian.

Tasha said...

kalau ayeen nanges,ak apetah lagi

xnak tgk ah cam ni,bc novel pun nanges kot

hahaha

Syam said...

Jom dengar lagu ombak rindu versi orkestra ;)

watch?v=uZ4Ax9KW-8A

xairiey said...

Aku pun dah bace cerita ni..Tapi dah lupe jalan cerita dia..Tu yang buatkan aku malas sikit nak tgk.. Tunggu DVD je laaa..

dayah said...

xtgk langsung..xamik port..huhu...tadek sapa nk blanja..tunggu donlowd la

menangis jugak ayam ni ek...hihi

bella dela rosa said...

tak sama lansung dengn muka maya

~ieda~ said...

xnanges pon sbb ase cm lawak n kdg2 pelik jer...besh lg novel dia...tp tabik lah sbb ayeem bole nanges..hihi