Sunday, December 25, 2011

Meluahkan Perasaan?


Sebelum ni, aku pernah crush dengan seorang blogger. Tapi tak ke mana pun, sebab ada isu sikit. Sampaikan dia remove blog aku dari bloglist dia, dan sekarang pun jarang dah baca dan komen-komen kat blog dia. Tapi itu cerita lama, aku pun dah takde apa-apa feeling kat dia. Bukan Fatin Liyana tau, FL tu standard lah saje nak kenen-kenen, macam aku kenen sama Neelofa jugak, takde lah sampai melibatkan perasaan.

Kali ni pulak, aku bukan crush dengan blogger, tapi dengan reader blog aku sendiri. Dia takde blog, aku jumpa profile Facebook dia kat fanpage Ayeem Ayam.

Orang selalu berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, kita berterus terang saja. Mana lah tahu dia pun menyimpan perasaan yang sama. Kan rugi kalau dua-dua malu nak mengaku.

Itu yang aku buat 33 hari yang lalu, tapi mungkin tersalah orang atau tersalah masa. Mungkin jugak tersalah cara. Yelah, baru je 3 hari (kot) add, dah meluahkan perasaan. Bapak gelojoh kan? Bukan apa, dah bertahun-tahun mencari Mrs. Right, dan naluri aku mengatakan dia lah orangnya. Melalui gambar-gambarnya, penulisannya, interaksi dia dengan rakan FB, pun aku dah boleh tahu perangai orang tu macam mana. Sebab, aku memang suka observe sekeliling.

Jadi aku tak mahu dia terlepas kat tangan orang lain, tu sebab aku cepat-cepat luah kat dia. Siapa cepat dia dapat kan. Tapi aku cepat pun tak dapat jugak. Hahaha. Terlalu cepat agaknya. Sebab alasannya, dia belum bersedia. Dia pun dah 4 tahun menyingle katanya. Dia kata carilah orang lain, sebab tak mahu aku menanti dan mengharap. Isk, ini dah lah kali pertama aku meluahkan perasaan pada perempuan, negatif pulak outputnya. Tu lah, orang cakap 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari'. Ya, memang takde kena mengena pun pepatah tu dengan situasi kitorang.

Aku redha, bukan pasrah, kerana redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Ceh. Aku terima keputusannya dengan cara baik, dan kami masih berkawan macam biasa sampai sekarang. Hah, tang ni aku tak macam laki lain kan? Kalau laki lain biasanya dah maki-maki kalau cinta ditolak. Haha. Dah lepas kejadian tu, aku pun ada cuba bergaul dengan rakan perempuan lain untuk melupakan dia. Tapi ciri-ciri dia yang lengkap dengan apa yang aku cari selama ni, sangat membelenggu. Susah nak cari macam tu dah. Tu yang susah nak lupakan, dan sayang nak lepaskan.

Tapi orang juga pernah berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, jangan luahkan perasaan kat dia. Luahkan perasaan pada Allah.

Tapi aku dah terluahkan lah pulak kat dia. Hahadoi. Sekarang hari-hari aku berdoa supaya dipertemukan jodoh kami, sebab dah malas nak cari lain dah. Mencari itu sesuatu kerja yang payah tahu? Walaubagaimanapun, aku redha je sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Buat masa sekarang, aku akan setia menanti dan harapan aku takkan pernah pudar (cilakak, ayat novel) selagi dia tak bersama lelaki lain ATAU selagi aku tak jumpa perempuan yang mampu membuka pintu hati aku.

P/S: Mood jiwang gaban berscuba diving di lautan berombak rindu. Series, ini bukan Ayeem Ayam yang tulis ni. Ayeem Ayam dah dirasuk ni!



Comments
36 Comments

36 comments:

syud said...

mak aihhh.. 4 kali pikir baru nak caya ni.. ayeem ke ni yg tulis??perrghh.. leh kuar novel kalo cam ni taun dpan.. xpa.. insyaalahh... byk doa..mana tau lama2 dia bukak hati huhuhu

AMIRA ATIYA said...

Aaku tak tahu pulak ayeem pandai jenjiwang >.< aishhhh.

Syat0za Zai said...

bahaya ni,,,hahaha

♥CIK SHA♥ said...

erk..ni memang jiwang betol ni..takpa la..ko berdoa la byk2 pada Allah..mana tahu naluri hati ko tu betol..dan niat ko baik maka Allah permudahkan..jgn putus asa berdoa..Allah tahu apa yg terbaek..

h A n Y S said...

Best jugak ayat kau bila buat entri jiwang,heh heh

Puteri Iqa Izyan said...

speechless baca entri jiwang macam ni. ahahaha.

sabar lah. kalau jodoh tak kemana :)

munirah said...

auwww so sweet ehhh rupenya ayeem nih :D haha tapi, kalo betul die jodoh kita, berdoalah , mintak lah dengan Allah, insyaAllah, dia milik kita :)

cici tembikai said...

erk, mmg lain lah yeem 0,0 tapi takpe, ingat yeem Allah tu maha kuasa, mungkin esok lebih manis lagi =') tak semestinya dia terima sekarang korang akan kekal and tak semestinya dia tak terima maknanya korang takkan bersama. jangan di layan hati tu, solat hajat bebanyak. mesti ada something lagi best lepas ni. sbb Allah dah janji , kalau dia amek sesuatu dia akan bagi lebih lagi. and ingat, when we least expected, love happen =')

IEQAH said...

sebenarnyaa jari ini tak mampu menaip apa da..terharu..bguihlaa si ayeem ni.. ye sesamala kita mohon dpt jodoh dari allah..insyallah :)

honeysah said...

wahh mesti bertuah gila gadis tuh klo dapat ayeem :) takpe ayeem saya doakan jugak. aminn~ :D

diana said...

maaf atas komen ni..

cerita kamu ni menghibur kan akak..:P

AKIM IQBAL said...

Pergh ! Kenapa aku rasa semua orang kena virus cinta. Atau aku sorang ja ? Huhu

hamzah ian said...

aku kan ada...

Billa.Bel said...

fuyoo ayeem :)

Faiz Tapit said...

mksud ko suka observe sekeliling tu stalk la kan?

onie said...

jadi lelaki jangan segan,memang la kena segan..segan bertempat,tapi kalau bab jodoh ni jangan segan *boleh terima dak ayat aku?haha* ce try ... tengok respon dia macamana... yg penting slow-slow jangan tergopoh gapah sangat kan....

nawwar_hanifah said...

pernah dgr org ckp: lelaki ni bole tau siapa bakal teman hidup dia dgn gerak hati dia.

mcm yg ayeem rasa 2 la kot. xpe..kalo ada jodoh insya Allah jumpe jugak =)

nia marlissa said...

ayeem jiwang ? macam kelakor lah plk . selalu lah buat entri jiwang2 ye ayeemm :P

✿ pink velvet ✿ said...

alolo~ comei je laki luah perasaan camni, hahaha!

smoga ayeem cepat d'pertemukan dgn jodoh, amin~ :)

Fiza said...

gila ayeeem,,,

Anonymous said...

ayeem, wlaupun kte fkir kte da jmpa sseorg yg terbaik, tp sbenarnya Allah lg tau apa yg terbaik utk kte. kdg2 kte nampak bnda tu plg best, tp kte x taw yg best tu maybe x serasi or x sesuai ngan kte buat msa ni kan?

as for now, jgn terlalu fikirkn n sesakkn otak psl this couple thing ni sume. truskan mncari, brkawan dgn rmai org, kutip pengalaman, blaja hadapi dugaan hdup. ko truskan jalan ko n dia truskn jalan dia. if korg ada jodoh, one day akn ada simpang yg akn pertemukan jalan korg. at that time, ko dah berdiri kt depan dia sbg someone yg lbh matang. n who knows what will happen rite? :)

Shahbri said...

hot...

Ct Hajar ♫ said...

tudiaaa dia dah mai dahh =p

reenapple said...

yaaa...aku pom pernah buat macam tu dan pernah alami macam yang kau alami.. at the end kitaorang putus sahabat.. entah. tapi lepas confess tu aku rasa makin lama kau menyampah dengan dia.. haha

betullah.. kalao kita suka seseorang jgn diluahkan...luahkan pada ALLAH. DIA maha mengethui yang terbaik untuk kita.

it's ok... bunga bukan sekuntum..=)

Qaseh Puteri said...

setiap org mmpunyai perasaan.. x slh nk jiwang..smg btemu jdoh yg di ingini..

bel said...

bel dulu ada org mcm ayeem ni siap hantar wall to wall and paling drastik siap jumpa mak bel ckp suka dekat bel walaupun da tahu bel da berpunya. tak haru bf bel time tu sbb takut bel tinggalkan dia. hehe. dugaan oh dugaan :) but it was longgg time ago :)

Ayeem Jemain said...

bel hahaha teruk sgt tu. kalau ayeem dah takot dah dgn psycho camtu :p

Yuyu said...

sedih la plak aku baca.sabar ayam.ada jodoh tak kemana.mejah ngan tapit kan setia ngan ko.jangan sedih2.

bel said...

kannnn :)
sebab tu bel delete fb bel. nak jaga hati si dia dan elakkan fitnah tak ada fb pun tak pe, blogie lagi bestttt :D

IQ = Iez Qis said...

hari tu da bca entry ni tpi xdpat nk komen sbb bke gune lptop adik...

ayeem da ambk lgkah pertama, xkn nk berundur da?

# teringat lak dialog shaheizy sam dalam 'aku bukan tomboy' "perghh, jiwang siot aku macam awie dalam sembiluuu" haha!

Eyka said...

kemain lgi dy..hahaha :P

ENCIK TIKUS said...

mungkin dia dah tahu lu gay ? hmmm

Teha Nur Fateha said...

tp ayeem kalo 3 hari knl pastu hny kenal kt fb cmne leh kate dielah mrs right? sedangkan ko xpbh lg tgk n knl die face to face?

aku pn cm ko gak tp versi pmpn kot.hahaha.nk jugak....aku mnt kt die dr sekolah lg.ah mlsla nk ctr! bye..btw good luck semoga dpt jmpe mrs right yg btl :)

Lady Emilya said...

ini entry sedih atau lawak?

ades, tak tahu kenapa, rase nk gelakk pulak bacanya, hahaha

klaka laa abg ayeem ni hahaha XD

Ila9591 said...

uhuhu..xpe ayeem..
cbe lgi di len mse..
huhu..nsb bek ak xkna rejek cam ko..
^^
all da besh~

Dalin said...

ai suka yu.. yu tak penah pun suka ai... uwaaa... ^_^