Monday, January 30, 2012

Mengumpat


Mengumpat, gossip atau sesetengah orang menganggapnya sebagai sesi meluahkan perasaan salah satu dosa yang masyarakat kita dah lali, dah terbiasa. Mengumpat macam dah takde rasa apa. Even makcik-makcik pun anggap mengumpat tu macam rutin harian sambil-sambil sidai baju. Tipu lah kalau korang kata tak pernah mengumpat.

Sebabnya, memang tak nampak benda tu jahat sangat kalau dibandingkan dengan maksiat lain. Padahal mengumpat tu lebih berdosa daripada berzina. Berzina kalau taubat, Allah terima. Kalau mengumpat, kita taubat sekali pun, tetap takkan terhapus dosa tu melainkan kita sendiri pergi minta maaf kat orang tu.

Jangan ingat wish "Selamat hari raya maaf zahir batin" je dah kira settle. Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan orang, kita kena bagitahu detail kesalahan kita kat dia, maknanya kena bagitahu dia yang kita minta maaf tu sebab kita mengumpat. Memang payah lah kan?

Tapi disebabkan aku tahu betapa payahnya nak mencari orang yang aku dah umpat kat padang Mahsyar nanti, aku dah start minta maaf pada beberapa individu. Hari ni je aku minta maaf pada 6 orang blogger. Alhamdulillah, 5 daripadanya dah memaafkan dan lagi seorang menanti reply. Harapnya mereka ikhlas memaafkan, Amin. Mungkin ada lagi, tapi aku tak ingat atau aku tak berniat nak buruk-burukkan. Anggap je lah aku ada mengumpat kat korang semua, korang maafkan aku ya? Kalau aku ada guriskan hati korang, maafkan aku jugak ya? : (

Kalau korang ada mengumpat aku selama ni, boleh contact Facebook aku. Aku sedia memaafkan. Aku harap takde lagi yang mengajak aku mengumpat, mengutuk. Baru-baru ni ada seseorang yang mengajak, tapi aku hanya mampu balas 'no komen'. Harap korang faham lah ya kalau aku balas camtu.

P/S: Tapi rasanya dah banyak gila dah orang yang aku umpat selama aku hidup ni. Nampak gayanya kena lebihkan amal untuk backup pahala ni. Kat akhirat nanti mesti diorang semua akan ambik pahala aku, habis muflis! :(



Comments
5 Comments

5 comments:

cici tembikai said...

*istighfar*
ni kalau nak carik sorang-sorang lepas tu nak explain one by one apa yang diumpat memang payah =/

thanks ayeem entry ni mengingatkan =)

FasiHaH SupiaN said...

saya juga T__T

terima kasih ayeem atas peringatan :(

Tasha said...

ok.mintak maaf ...

ak tkut ade ngumpat ko jugak,tp bese aku puji ko la...kekeke~~~

bel said...

duluuuuuuu, pernah ngumpat dalam hati sebelum tido yakni :

ayeem, yuyu mesti dorg kaya dapat dutu nufnang. beli ape tah? kalau aku beli +++++++++ ++++ org kaya salu bazir. dorg tu bazir2 ke x? a'a mesti punya! hmmm~ teruk-teruk-terookkkk!

BEL MINTA MAAF CIK AYEEM :)
*tang yuyu nanti bel foword pulak.

belog ayeem n yuyu je bel salu godek. tu pesal bel mengata angpa*

♥ Nana BamBam ♥ said...

Astagfirullahal'azim .