Monday, February 20, 2012

Kerjaya yang Berbelit


Pada yang masih ingat aku masih study lagi, boleh baca entri "Quit Study?" ni. Aku quit study di pertengahan semester satu. Exam pun tak ambik. Lepas seminggu duduk menganggur di rumah, Alhamdulillah ada freelance job Telekom Malaysia. Job tu ambik masa sebulan untuk disiapkan, 1 Jan - 31 Jan.

Selepas seminggu job tu siap, dapat offer kerja di UIA, sebagai flash guy, kontrak setahun. Dah pergi survey UIA semua dah. Memang dah confirm sangat lah nak kerja situ. Siap dah dapat rumah sewa dah pun jumaat 10 Feb hari tu. Tinggal nak jenguk rumah je keesokannya. Dan dan dah dapat rumah sewa tu, petang tu jugak dapat mesej dari Karangkraf suruh pergi interview 15 Feb. Hati aku berbelah bagi terus. Nak sangat Karangkraf sebab syarikat besar, dekat pulak dengan rumah.

12 Feb, dapat call dari sebuah syarikat multimedia di Serdang. Sebelum ni aku pernah pergi interview untuk position C++ programmer kat syarikat ni, tapi gagal teruk! Yela, baru belajar C++ 3 bulan masa Degree, dah nak kerja. Hahaha lawak dan poyo. Kali ni diorang call untuk offer position grafik pulak. Tapi diorang nak test bakat aku dulu. So, 15 Feb dipilihnya untuk test aku.

15 Feb, aku pergi interview Karangkraf dari 8:30 pagi - 11:30 pagi. Interview tu kira aku dapat hadapi dengan jayanya jugak lah. Diorang nampak berminat dengan aku. Tapi, gajinya agak sangat sikit. Jadi, aku demand sikit lah. So, penemuduga pun perlukan masa untuk berbincang dengan pihak atasan berkaitan gaji tu. Penemuduga tu kata akan call dalam 2-3 hari untuk confirmkan.

15 Feb 12:30 tengahari, aku ke Serdang. Test tu agak tak berjaya lah. Part Flash, okay je. Part Photoshop kurang sikit. Sebab aku memang jarang gila guna Photoshop. Tapi, diorang still nak hire aku jugak sebab diorang suka attitude aku. Diorang yang cakap lah. Pastu diorang cakap aku mature. Kahkahkah! Tapi aku masih tak pasti sebab agak berbelah bagi nak ke Karangkraf atau ke Serdang ni. Diorang bagi masa sampai 17 Feb untuk berfikir dan bagi jawapan.

17 Feb aku buat keputusan untuk bekerja dengan syarikat di Serdang tu. Sebab tawarannya lebih lumayan lah. Di syarikat ni aku kena speaking 100% sebab aku seorang je Melayu, dan diorang pulak memang speaking english 24/7. Agak payah jugak lah. Tapi aku redah je. Sebab masa kat tempat kerja lama pun ramai gila foreigner, dari Turki, Iran, Somalia, etc. So, dah terlatih sikit lah.

20 Feb, hari pertama aku kerja. Langkah kanan bagi aku sebab hari pertama bekerja je dah ada fashionista datang interview. Hahaha. Nama dia Wani. Memang stylish lah. Dia dah dapat pun kerja tu. Tinggal dia nak buat keputusan je nak bekerja dengan kami ke tak. Harap-harapnya dia terima. Bersemangat sikit aku bekerja lepas ni :3. Tadi petang, Karangkraf call bagitahu aku berjaya untuk interview tu. Gajinya ada up dari yang ditawarkan masa interview tu, tapi masih sikit berbanding sekarang ni. Eloklah jugak, kalau tak mungkin aku akan menyesal kerja kat Serdang ni. Haha.

Tips yang aku boleh bagi korang untuk temuduga: Pertama, ikut rentak penemuduga. Kalau dia jenis gila-gila, korang pun gila-gila lah sikit. Personaliti tu penting juga. Penemuduga Karangkraf tu masa interview siap tanya pasal awek apa bagai. Haha. Tips kedua, ialah bernazar. 



Comments
8 Comments

8 comments:

Ain Norainsyah said...

Nak berjaya tak senang Ayeem. :)

eton said...

hehehe.. tgk banyak tawaran melimpah ruah.. yg pasal gaji karangkraf tu bos tempat prektikal aku pernah bg thu.. karangkraf memang la besar tp gaji x sepadan sgt dgn kerja.. soo good luck.. dah kerja jgn lupa blog pulak.. klu x rindu... hehehehe

Izyan Balqis said...

setiap peluang ada hasilnya...bergantung pada kita nak pilih mana yang terbaek....well done ayeem~~

sronok la tu xyah ngadap buku daaa~~

Shahada Fauzi said...

good for you..tahniah sebab rezeki ko mmg murah bab kerja ni..apa2 pun, semoga ko berjaya dalam kerjaya dan pilihan ko berhenti study dan kembali bekerja tu adalah keputusan yang tepat..

nia marlissa said...

harap-haraplah wani tuh seorang blogger dan dia baca entri nih ayeem :D

Sky b4 Pinky said...

murah rezeki ayeemmm..

Sky b4 Pinky said...

murah rezeki ayeemmm..

Anonymous said...

mungkin mendengar cita2 bel adalah pelik tapi itulah dia yakni bel ber cita2 nak kerja di karangkraf sejak dari tingkatan 1 bila mula baca majalah remaja till now. bel ambil kos cretive in new media blaja from flash, animation(fav) n video n bla23 se mata2 nak kerja di karangkraf. ye ke gaji ciputtt??????????? hmm...