Monday, May 28, 2012

Rekod Emak dan Abah


Kat tempat/kampung aku sekarang, ramai yang kahwin dengan orang kampung sendiri. Aku tak pasti benda ni normal ke tak kalau kat tempat/kampung lain. Tapi kat kampung aku ni memang ramai lah yang dapat jodoh dengan orang kampung. Raya pun diorang tak pening kepala.

Tapi, so far takde siapa pun boleh pecahkan rekod mak dan abah aku. Yang jarak jodoh mereka hanya 33 meter mengikut kiraan Google Map. Aku siap ukur guna pembaris lagi. Haha. Yang A tu rumah aku duduk sekarang. B pulak rumah arwah nenek aku a.k.a bekas rumah bapak aku. C pulak rumah moyang aku, a.k.a bekas rumah mak aku.

Emak aku duduk dengan neneknya masa kecik sampai lah ke besar, sebab ibu emak (nenek aku) meninggal masa lahirkan adik mak aku (mak cik aku). Atuk aku pulak kahwin lain. Tu sebab lah emak aku duduk dengan nenek dan makciks dia.

Jadi, ada kemungkinan tak aku pecahkan rekod mereka? Jiran aku belah bawah rumah (mengikut peta) semuanya makcik pakcik aku je, takde anak perempuan yang available. Jiran belah atas pulak india semuanya. Memang takkan lah haha. Ke korang ada kenal mana-mana insan yang punya rekod lebih baik?



Comments
5 Comments

5 comments:

ascil.punye.lah said...

alahh yeem kahwin je lah dengan jiran belah atas.untung untung dapat anak cam kajol.tak kajol,kojol.pun boleh apa.

tassyanatassya said...

Mak ayeem dah macam LJ a.k.a liyana jasmine. lah pulak..hehehe

ecadwinkyasha said...

save bajet raya.

bel said...

mak ayah bel dulu rumah depa jauh2. tapi 1 sekolah dulu. muda2 dulu kalau becinta salu p tengok wayang keling mlm2. sampai la ni da tua2 pun kadang2 malam2 hilang. ingat p mana? rupa2 p wayang keling. hakhak. so suwitt!

Anonymous said...

kwn aku, mak ayah dia jiran je. mak dia tinggal belakang rumah ayah dia. lepas tu dah jodoh, diaorg kahwin. lagi dekat. haha