Sunday, July 1, 2012

Majlis Perkahwinan Irine Nadia

Ikut plan, aku ambil Hamzah Ian di KTM Shah Alam pukul 9:30 pagi, lepas tu bersama-sama ke KUIS ambil Yuyu Zulaikha, kemudian tunggu di tol Bandar Seri Putra untuk berkonvoi bersama Ujang dan kemudiannya tunggu lagi di tol Nilai untuk bergabung bersama Nazirul Hazwan dan Eman. Itu ikut plan lah.

Tapi bila sampai KTM Shah Alam pukul 9:26, Hamzah takde lagi. Bila ditanya, dia baru kat KL Sentral dan akhirnya dia sampai Shah Alam pukul 10:15. Lalu plan pun berubah, Ujang ambil Yuyu dan terus berjumpa mereka di Nilai. Nak cari jalan ke rumah Irine tak susah sangat sebab Ujang tahu jalan, kampungnya area situ juga. 1:30pm kami dah sampai. Tak macam Fatin Liyana yang sampai lambat sebab sesat. Rugi tak sempat jumpa FL sebab dia sampai 3:30pm, kami pula balik pukul 3:00pm.

Untuk lebih gambar yang lebih buncit, sila ke sini
Bila sampai di sana, terjumpa lah beberapa orang yang dikenali antaranya Dena Bahrin bersama suami dan Mira Uttika. Tapi tak tegur pun sangat. Malu pula nak approach. Even Irine Nadia sendiri pun aku tak sempat berborak. Kahkah. Masa naik pelamin untuk bergambar, aku ada say 'hi', tapi dia tak perasan. Lepas tu dah segan dah nak tegur. Sempat beri ucapan tahniah pada suaminya saja.

Jadi, baliknya Eman dan Yuyu tumpang kereta aku untuk dihantar pulang ke kolej masing-masing. Eman di Legenda Nilai, atau namanya mini Afrika haha. Aku tengok padang bola area situ bukan main semuanya negro. Siap ada team bola sendiri, ada 2 team! Cilakak. Panas mata. Tapi mata aku kemudiannya disejukkan dengan muslimat bertudung labuh di KUIS semasa hantar Yuyu pulang. Hehehe. Lepas tu, ke KTM Kajang untuk hantar Hamzah pulang. Last-last pukul 7:15 petang sampai rumah.

Kesimpulannya, semalam hari yang bermakna untuk aku sebab first time jumpa blogger. First time! Benda penting je baru aku nak join. Lepak saje-saje, malas. Aku nak berjimat sejimat boleh. Tapi, personaliti rakan blogger di alam maya dan di alam realiti tak banyak beza. Cuma Hamzah Ian nampak ada beza sikit lah. Haha. Tak tahu lah pandangan mereka terhadap aku pula. Macam mana kawan-kawan? :3

*********************************************************************************


Pagi tadi bila ternampak tweet Irine tetiba rasa sedih dan sebak pula. Menyesal pula tak tegur dia semalam. Takpe, lepas ni aku pula kahwin boleh bertegur sapa. Teringat aku zaman dulu, masa aku baru dalam bidang blogging, Irine ni antara blogger yang paling aku rapat juga. Dia tak sombong walaupun beza follower berpuluh ribu! Selalu saling memberi komen di blog masing-masing. Dulu Irine pernah diinterview paper Berita Harian (kot) dan dia mahu aku diinterview juga sebab BH mahu beberapa orang lagi blogger. Malangnya, aku terlebih had umur. Dia sangat supportive.

Masa Irine tunang juga, dia ada jemput aku. Haaa korang hado? Tapi, aku tak dapat hadir. Tapi dah lepas dia bertunang, dah slow sikit. Kurang berinteraksi. Seiring dengan dunia blogging yang makin suram. Apa-apa pun, tumpang bahagia melihat Irine kahwin muda. Sangat seronok tengok mereka. Semoga dapat anak dengan kadar segera ya. Turn aku? Hmmm target 2013 atau 2014. InsyaAllah. Calon? Hmm dah cukup duit nanti, ada lah yang dapat private message FB daripada aku. Hehehe.

P/S: Ingat nak tubuhkan Tabung Bantuan Perkahwinan Ayeem Ayam. Kahkah.



Comments
18 Comments

18 comments:

emanthehalia said...

welcome to mini afrikkkaaa wakakkakakaka hey hey~ thx wey bawak follow hew3

Syat0za Zai said...

ko tulis la panjang mana pun ayeem, aku tetap baca smpai habis.haha =D

semoga target ko tu tercapai.. InsyaAllah.. amin :D


*Selamat Pengantin Baru Irine Nadia :D

nia marlissa said...

ayeem kawin boleh balot ayam serama ... kasi itu hadiah kawin

Opieneon said...

best giler, huhu

cik ziqa said...

ohhh. Seronoknya ramai yg join.. Tahniah kat kak irine. :-)


*utk ayeem*
moga bertemu jodoh. Insyallah :-)

cehhh

nazirulhazwan~ said...

Ah.sadis aku bace entry ni.
Ikhlas dari hati

UNA budak BAEQ said...

eh yuyu kuis ke ?
ingat uia .

Holic said...

oh ayam pemalu kah??hahaha

Ujang9897 said...

lu alam maya dgn realiti tak byk beza.., igtkan main2 gay..,rupanya mmg betul..terima kasih sudi COMOLOT semalam...hahahaha


*oit nanti lpk lagi...minum milo ais.., jgn risau milo ais takda akohol

onie said...

dan first time jugak dapat jumpa blogger yang tak penah onie jumpa semalam,jumpa tanpa tegur.... sebab onie segan nak tegur,last-last sampai rumah macam nyesal pahal la tak tegur kan,kahkahkah....yuyu 2 kali dah jumpa...

nurdani said...

syoq na dapat jemputan. nanti hang kahwin, jemput la kalau sudi. kah kah. rumah kita dekat je pun.

Mish Apple said...

Boleh tengak ayeem muncet. <3

aJieM_iyMa said...

wahhh3! meriah nya korg! haa,nnt kawen open 1 table utk semua blogger n sembang pumpang2 k! baru siyookkk! ahahhh! :D

LiNda said...

Dengn ini aku nk masukkn rm1 dlm tabung bntuan perkahwinan ayeem ayam..

amal said...

yeahhh , nmpk ayeem time kenduri irinee hr tuu.

ada ke kak yuyuu tak kenal dena bahrin, smgt jee bg tau diaa yg dena bahrin dtg jugk , tp kak yuyu tak knal . tsk tsk . hihii

◕ Kawaii D Y S H A ◕ said...

bestnya dpt jmpe2 blogger lain...

Yousof said...

Ternyata kau lebih kacak dn bergaya di alam realiti!


Mujur kau tak dapat bergambar dengan Fatin Liyana... Kalau tak aku pasti cemburu. Sikit je pun. ;D

♥ Nana BamBam ♥ said...

meriah nye