Ikut plan, aku ambil
Hamzah Ian di KTM Shah Alam pukul 9:30 pagi, lepas tu bersama-sama ke KUIS ambil
Yuyu Zulaikha, kemudian tunggu di tol Bandar Seri Putra untuk berkonvoi bersama
Ujang dan kemudiannya tunggu lagi di tol Nilai untuk bergabung bersama
Nazirul Hazwan dan
Eman. Itu ikut plan lah.
Tapi bila sampai KTM Shah Alam pukul 9:26, Hamzah takde lagi. Bila ditanya, dia baru kat KL Sentral dan akhirnya dia sampai Shah Alam pukul 10:15. Lalu plan pun berubah, Ujang ambil Yuyu dan terus berjumpa mereka di Nilai. Nak cari jalan ke rumah Irine tak susah sangat sebab Ujang tahu jalan, k
ampungnya area situ juga. 1:30pm kami dah sampai. Tak macam Fatin Liyana yang sampai lambat sebab sesat. Rugi tak sempat jumpa FL sebab dia sampai 3:30pm, kami pula balik pukul 3:00pm.
|
Untuk lebih gambar yang lebih buncit, sila ke sini |
Bila sampai di sana, terjumpa lah beberapa orang yang dikenali antaranya
Dena Bahrin bersama suami dan
Mira Uttika. Tapi tak tegur pun sangat. Malu pula nak approach. Even Irine Nadia sendiri pun aku tak sempat berborak. Kahkah. Masa naik pelamin untuk bergambar, aku ada say 'hi', tapi dia tak perasan. Lepas tu dah segan dah nak tegur. Sempat beri ucapan tahniah pada suaminya saja.
Jadi, baliknya Eman dan Yuyu tumpang kereta aku untuk dihantar pulang ke kolej masing-masing. Eman di Legenda Nilai, atau namanya mini Afrika haha. Aku tengok padang bola area situ bukan main semuanya negro. Siap ada team bola sendiri, ada 2 team! Cilakak. Panas mata. Tapi mata aku kemudiannya disejukkan dengan muslimat bertudung labuh di KUIS semasa hantar Yuyu pulang. Hehehe. Lepas tu, ke KTM Kajang untuk hantar Hamzah pulang. Last-last pukul 7:15 petang sampai rumah.
Kesimpulannya, semalam hari yang bermakna untuk aku sebab first time jumpa blogger. First time! Benda penting je baru aku nak join. Lepak saje-saje, malas. Aku nak berjimat sejimat boleh. Tapi, personaliti rakan blogger di alam maya dan di alam realiti tak banyak beza. Cuma Hamzah Ian nampak ada beza sikit lah. Haha. Tak tahu lah pandangan mereka terhadap aku pula. Macam mana kawan-kawan? :3
*********************************************************************************
Pagi tadi bila ternampak tweet Irine tetiba rasa sedih dan sebak pula. Menyesal pula tak tegur dia semalam. Takpe, lepas ni aku pula kahwin boleh bertegur sapa. Teringat aku zaman dulu, masa aku baru dalam bidang blogging, Irine ni antara blogger yang paling aku rapat juga. Dia tak sombong walaupun beza follower berpuluh ribu! Selalu saling memberi komen di blog masing-masing. Dulu Irine pernah diinterview paper Berita Harian (kot) dan dia mahu aku diinterview juga sebab BH mahu beberapa orang lagi blogger. Malangnya, aku terlebih had umur. Dia sangat supportive.
Masa Irine tunang juga, dia ada jemput aku. Haaa korang hado? Tapi, aku tak dapat hadir. Tapi dah lepas dia bertunang, dah slow sikit. Kurang berinteraksi. Seiring dengan dunia blogging yang makin suram. Apa-apa pun, tumpang bahagia melihat Irine kahwin muda. Sangat seronok tengok mereka. Semoga dapat anak dengan kadar segera ya. Turn aku? Hmmm target 2013 atau 2014. InsyaAllah. Calon? Hmm dah cukup duit nanti, ada lah yang dapat private message FB daripada aku. Hehehe.
P/S: Ingat nak tubuhkan Tabung Bantuan Perkahwinan Ayeem Ayam. Kahkah.
Dapatkan kad kahwin digital di
jemputan.me