Thursday, September 8, 2011

3 Drummer Malaysia Kegemaran

Arthur Kam
Arthur Kam ni baru umur 20 tahun. Dulu dia pernah menang Undiscovered Drummer Competition 2008, kelas dunia punya competition tu. Tapi skills dia memang ternganga lah kalau tengok. Dia jugak pernah main drum untuk band Royale FT Force, band pengiring Faizal Tahir. Band yang main dalam mana-mana show Faizal Tahir. Tapi sekarang dia dah keluar dari band tu, sebab dia sekarang sambung study kat Berklee College of Music, USA.

Jenk/Azim
Asalnya Jenk naik dengan Modread. Modread ni band yang menang competition Hot FM Twisties Bingit 2008. Aku memang minat gila Modread sebab lagu diorang memang power, guitar solo pun power, dalam lagu siap boleh selit drum solo lagi. Tapi sekarang Jenk dah tak main dengan Modread lagi dah. Dia dah main untuk band Royale FT Force, band Faizal Tahir tu pulak. Jenk punya skills memang kick ass jugak lah. AG Coco pun kata rasa nak buh penampaq tengok skills dia. Haha
Klik untuk tonton drum solo Jenk.

Ainol Eqraf
Ainol ni memang dah lama jugak dalam industri muzik Malaysia ni. Band pertamanya Kristal, tahun 1999 tu woi. Dalam filem Getaran lakonan Awie, Fiza Elite, Kristal tu pun Ainol ni ada. Aku rasa dia ahli Kristal yang paling banyak bersuara dalam filem tu. Kahkah. Tapi time 2002, Ainol keluar dari Kristal, then main dengan band Deja VooDoo Spells. Sekarang, Ainol aktif dengan band Modread, ganti Azim/Jenk. Band lain tak tahu apa cerita.


Badan aku naik time puasa sebab alat senaman dalam bilik aku ni terbiar
P/S: Malaysia ni ramai lagi otai drummer yang hebat, tapi aku prefer yang muda.



Saturday, September 3, 2011

Tak Pernah Merasa Suasana Balik Kampung


Selama aku hidup hampir 22 tahun ni, aku tak pernah lagi merasa suasana balik kampung. Kampung aku yang belah abah dekat sebelah rumah je. Lebih kurang 7 tapak dari rumah aku. Kampung belah mak aku pulak dekat Bukit Naga Shah Alam. Lebih kurang 15 minit dari rumah aku. Kiranya aku ni memang pure Selangor lah.

So, memang lah aku tak pernah merasa suasana balik kampung sebab semuanya dekat. Aku pernah pasang angan-angan nak kahwin dengan orang jauh, so that dapat merasa suasana balik kampung. Even, makcik pakcik aku suruh cari yang dekat-dekat je biar senang balik raya, tak gaduh. Hehe.

Tapi jauh tu, tak nak lah jauh sangat. Setakat 2-3 jam perjalanan dari KL, naik kereta cukuplah kot. Haha. Negeri mana eh? Aku bukan reti sangat, tak biasa berjalan. Hehehe. *mengada*

P/S: 5 kali couple, first orang Penang, pastu orang Perak, no 3 dan 4 tak ingat. Hahaha. Ex latest orang Kedah. Tapi semua tak pernah dating. Long distance je.



Thursday, September 1, 2011

Raya Kedua & Ketiga

Semalam (hari raya kedua) aku duduk rumah je. Memang tiap tahun gitu. Sedara mara datang beraya rumah aku pun time raya kedua, sebab dah tahu ada kat rumah kan. Raya pertama dan ketiga biasanya keluar beraya. Memang letih gila lah semalam. Walaupun aku lebih banyak duduk dalam bilik daripada melayan tetamu. Kahkah.

Macam biasa, entiti yang paling aku benci time raya, budak nakal. Rasa nak tampar je budak-budak tu dan rasa nak pijak mak bapak depa sebab malas jaga anak. Reti nak borak je. Tuan rumah jadi mangsa. Aku dan sedara mara dulu takde lah nakal pun. Mungkin memang budak-budak sekarang ni nakal, sebab mak bapak depa pun notty. Hihihi.

Hari ni pulak banyak beraya area Rantau Panjang, Kapar. Memang letih dah ni. Kalau ada awek sebelah aku ni pun, aku akan jeling-jeling kerek kat awek tu lantas peluk erat bantal aku. Esok nak beraya ke Port Dickson, rumah nenek sedara. Pastu nak singgah rumah Fatin Liyana sat. Yang beraya rumah FL tu gaybang dan tipu.