Monday, January 30, 2012

Mengumpat


Mengumpat, gossip atau sesetengah orang menganggapnya sebagai sesi meluahkan perasaan salah satu dosa yang masyarakat kita dah lali, dah terbiasa. Mengumpat macam dah takde rasa apa. Even makcik-makcik pun anggap mengumpat tu macam rutin harian sambil-sambil sidai baju. Tipu lah kalau korang kata tak pernah mengumpat.

Sebabnya, memang tak nampak benda tu jahat sangat kalau dibandingkan dengan maksiat lain. Padahal mengumpat tu lebih berdosa daripada berzina. Berzina kalau taubat, Allah terima. Kalau mengumpat, kita taubat sekali pun, tetap takkan terhapus dosa tu melainkan kita sendiri pergi minta maaf kat orang tu.

Jangan ingat wish "Selamat hari raya maaf zahir batin" je dah kira settle. Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan orang, kita kena bagitahu detail kesalahan kita kat dia, maknanya kena bagitahu dia yang kita minta maaf tu sebab kita mengumpat. Memang payah lah kan?

Tapi disebabkan aku tahu betapa payahnya nak mencari orang yang aku dah umpat kat padang Mahsyar nanti, aku dah start minta maaf pada beberapa individu. Hari ni je aku minta maaf pada 6 orang blogger. Alhamdulillah, 5 daripadanya dah memaafkan dan lagi seorang menanti reply. Harapnya mereka ikhlas memaafkan, Amin. Mungkin ada lagi, tapi aku tak ingat atau aku tak berniat nak buruk-burukkan. Anggap je lah aku ada mengumpat kat korang semua, korang maafkan aku ya? Kalau aku ada guriskan hati korang, maafkan aku jugak ya? : (

Kalau korang ada mengumpat aku selama ni, boleh contact Facebook aku. Aku sedia memaafkan. Aku harap takde lagi yang mengajak aku mengumpat, mengutuk. Baru-baru ni ada seseorang yang mengajak, tapi aku hanya mampu balas 'no komen'. Harap korang faham lah ya kalau aku balas camtu.

P/S: Tapi rasanya dah banyak gila dah orang yang aku umpat selama aku hidup ni. Nampak gayanya kena lebihkan amal untuk backup pahala ni. Kat akhirat nanti mesti diorang semua akan ambik pahala aku, habis muflis! :(



Thursday, January 5, 2012

Bertih Jagung Diraja


2 atau 3 minggu lepas, abang aku dapat tiket free untuk Mission Impossible 4 IMAX, Sunway Pyramid. Bukan je tiket free, air free, popcorn free setiap seorang. Abang aku dapat free sebab abang aku kerja kat company architecture yang buat pelan apa bagai untuk pawagam TGV di seluruh negara. Memang seronok lah semua free, cerita pulak best gila (4.9/5 star aku bagi), IMAX pulak lagi.

Lepas filem tamat, dapat pulak produk baru TGV, Popcorn Royale. Dapat 2 bucket/tin. Bila rasa popcorn tu, humangaih stim semacam. Serious sedap nak mampos. 2 tin tu habis tak sampai 24 jam kot. Texture dia lain sikit daripada popcorn biasa. Caramel pun banyak, betul-betul selaput popcorn tu. Rasa caramel tu lah yang jadi hero sebenarnya. Memang lain lah rasa caramel tu, macam ada rasa coklat sikit apa entah.


Masa tu harga memang tak tahu berapa, sebab dapat free kan. So, semalam abang aku bawak lagi 2 tin. Kali ni bukan free lah, dia beli. Mahal jugak lah benda alah ni rupanya. 1 tin RM29, 2 tin RM50. So, di sini aku menyeru kepada semua supaya beli dan rasa lah sendiri keenakan TGV Popcorn Royale ni. Tengok, stim tak stim.

P/S: Kredit photo untuk amoi kawaii, Nicole.



Sunday, December 25, 2011

Meluahkan Perasaan?


Sebelum ni, aku pernah crush dengan seorang blogger. Tapi tak ke mana pun, sebab ada isu sikit. Sampaikan dia remove blog aku dari bloglist dia, dan sekarang pun jarang dah baca dan komen-komen kat blog dia. Tapi itu cerita lama, aku pun dah takde apa-apa feeling kat dia. Bukan Fatin Liyana tau, FL tu standard lah saje nak kenen-kenen, macam aku kenen sama Neelofa jugak, takde lah sampai melibatkan perasaan.

Kali ni pulak, aku bukan crush dengan blogger, tapi dengan reader blog aku sendiri. Dia takde blog, aku jumpa profile Facebook dia kat fanpage Ayeem Ayam.

Orang selalu berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, kita berterus terang saja. Mana lah tahu dia pun menyimpan perasaan yang sama. Kan rugi kalau dua-dua malu nak mengaku.

Itu yang aku buat 33 hari yang lalu, tapi mungkin tersalah orang atau tersalah masa. Mungkin jugak tersalah cara. Yelah, baru je 3 hari (kot) add, dah meluahkan perasaan. Bapak gelojoh kan? Bukan apa, dah bertahun-tahun mencari Mrs. Right, dan naluri aku mengatakan dia lah orangnya. Melalui gambar-gambarnya, penulisannya, interaksi dia dengan rakan FB, pun aku dah boleh tahu perangai orang tu macam mana. Sebab, aku memang suka observe sekeliling.

Jadi aku tak mahu dia terlepas kat tangan orang lain, tu sebab aku cepat-cepat luah kat dia. Siapa cepat dia dapat kan. Tapi aku cepat pun tak dapat jugak. Hahaha. Terlalu cepat agaknya. Sebab alasannya, dia belum bersedia. Dia pun dah 4 tahun menyingle katanya. Dia kata carilah orang lain, sebab tak mahu aku menanti dan mengharap. Isk, ini dah lah kali pertama aku meluahkan perasaan pada perempuan, negatif pulak outputnya. Tu lah, orang cakap 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari'. Ya, memang takde kena mengena pun pepatah tu dengan situasi kitorang.

Aku redha, bukan pasrah, kerana redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Ceh. Aku terima keputusannya dengan cara baik, dan kami masih berkawan macam biasa sampai sekarang. Hah, tang ni aku tak macam laki lain kan? Kalau laki lain biasanya dah maki-maki kalau cinta ditolak. Haha. Dah lepas kejadian tu, aku pun ada cuba bergaul dengan rakan perempuan lain untuk melupakan dia. Tapi ciri-ciri dia yang lengkap dengan apa yang aku cari selama ni, sangat membelenggu. Susah nak cari macam tu dah. Tu yang susah nak lupakan, dan sayang nak lepaskan.

Tapi orang juga pernah berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, jangan luahkan perasaan kat dia. Luahkan perasaan pada Allah.

Tapi aku dah terluahkan lah pulak kat dia. Hahadoi. Sekarang hari-hari aku berdoa supaya dipertemukan jodoh kami, sebab dah malas nak cari lain dah. Mencari itu sesuatu kerja yang payah tahu? Walaubagaimanapun, aku redha je sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Buat masa sekarang, aku akan setia menanti dan harapan aku takkan pernah pudar (cilakak, ayat novel) selagi dia tak bersama lelaki lain ATAU selagi aku tak jumpa perempuan yang mampu membuka pintu hati aku.

P/S: Mood jiwang gaban berscuba diving di lautan berombak rindu. Series, ini bukan Ayeem Ayam yang tulis ni. Ayeem Ayam dah dirasuk ni!