Malam semalam aku register course kat Student Portal. Time tu memang tak ramai register lagi. Tak sampai 10 untuk setiap 1 group. Lepas register course untuk semester 1 refer course outline CS230, aku pun tengok lah jadual waktu course aku dengan bantuan Tiqaa the senior. Aku tak pasti langkah-langkah yang aku buat ni betul ke tak. Aku pun memandai je. Habis tu tak tahu nak refer siapa, takde teman yang sama course, sama semester. Plan of Study pun aku takde. Shit! Gambe je lah.
So, hari hari ni kelas pertama pukul 11.30 pagi sampai 13:20 petang. Pagi tadi, aku pun gerak lah pukul 10:30 pagi, sampai fakulti pukul 11:00 pagi. Tak ramai pun. Jalan sampai ke pejabat apa entah, nampak lah pengumuman "Pelajar baru yang masih tiada jadual kuliah, sila berhimpun di bla bla pada 8:30 pagi". Memang siot aku dah tertinggal taklimat. Tu lah, berlagak pandai lagi. Aku harap takde apa yang penting.
Lagi merisaukan aku, aku tunggu kat bilik kuliah tadi takde orang. Aku dah pening dah. Buang masa aku betul datang U hari ni. Tapi kenapa takde orang? Aku takut ada perubahan ke apa. Habislah. Tapi aku fikir positif, diorang belum register course. Kan? Kan? *sedapkan hati sendiri*
P/S: Cukup 4 bulan, memang kurus aku. Berpeluh gila babas tadi.
P/S: Cukup 4 bulan, memang kurus aku. Berpeluh gila babas tadi.