Wednesday, October 10, 2012

Menganjing Biar Berpada


Gambar di atas adalah profile Twitter aku, dengan twitcon menganjing pose Max 24:7, kumpulan kpop Malaysia yang pernah menggempar dan mengguggurkan bulu ketiak banyak pihak.

Pada suatu hari (semalam je pun), ketika asyik bertweet sama awek, aku dimensi oleh seseorang. Tweetnya berbunyi seperti di bawah.

Ya,  dia cc: kepada abang-abang Max24:7 kita. Dan hasilnya...


Hamek ko! Dia ingat aku peminat Max 24:7, padahal aku menganjing je. Aku yang terkena balik. Kesimpulannya, menganjing biar berpada, mengayam jangan sekali



Sunday, July 1, 2012

Majlis Perkahwinan Irine Nadia

Ikut plan, aku ambil Hamzah Ian di KTM Shah Alam pukul 9:30 pagi, lepas tu bersama-sama ke KUIS ambil Yuyu Zulaikha, kemudian tunggu di tol Bandar Seri Putra untuk berkonvoi bersama Ujang dan kemudiannya tunggu lagi di tol Nilai untuk bergabung bersama Nazirul Hazwan dan Eman. Itu ikut plan lah.

Tapi bila sampai KTM Shah Alam pukul 9:26, Hamzah takde lagi. Bila ditanya, dia baru kat KL Sentral dan akhirnya dia sampai Shah Alam pukul 10:15. Lalu plan pun berubah, Ujang ambil Yuyu dan terus berjumpa mereka di Nilai. Nak cari jalan ke rumah Irine tak susah sangat sebab Ujang tahu jalan, kampungnya area situ juga. 1:30pm kami dah sampai. Tak macam Fatin Liyana yang sampai lambat sebab sesat. Rugi tak sempat jumpa FL sebab dia sampai 3:30pm, kami pula balik pukul 3:00pm.

Untuk lebih gambar yang lebih buncit, sila ke sini
Bila sampai di sana, terjumpa lah beberapa orang yang dikenali antaranya Dena Bahrin bersama suami dan Mira Uttika. Tapi tak tegur pun sangat. Malu pula nak approach. Even Irine Nadia sendiri pun aku tak sempat berborak. Kahkah. Masa naik pelamin untuk bergambar, aku ada say 'hi', tapi dia tak perasan. Lepas tu dah segan dah nak tegur. Sempat beri ucapan tahniah pada suaminya saja.

Jadi, baliknya Eman dan Yuyu tumpang kereta aku untuk dihantar pulang ke kolej masing-masing. Eman di Legenda Nilai, atau namanya mini Afrika haha. Aku tengok padang bola area situ bukan main semuanya negro. Siap ada team bola sendiri, ada 2 team! Cilakak. Panas mata. Tapi mata aku kemudiannya disejukkan dengan muslimat bertudung labuh di KUIS semasa hantar Yuyu pulang. Hehehe. Lepas tu, ke KTM Kajang untuk hantar Hamzah pulang. Last-last pukul 7:15 petang sampai rumah.

Kesimpulannya, semalam hari yang bermakna untuk aku sebab first time jumpa blogger. First time! Benda penting je baru aku nak join. Lepak saje-saje, malas. Aku nak berjimat sejimat boleh. Tapi, personaliti rakan blogger di alam maya dan di alam realiti tak banyak beza. Cuma Hamzah Ian nampak ada beza sikit lah. Haha. Tak tahu lah pandangan mereka terhadap aku pula. Macam mana kawan-kawan? :3

*********************************************************************************


Pagi tadi bila ternampak tweet Irine tetiba rasa sedih dan sebak pula. Menyesal pula tak tegur dia semalam. Takpe, lepas ni aku pula kahwin boleh bertegur sapa. Teringat aku zaman dulu, masa aku baru dalam bidang blogging, Irine ni antara blogger yang paling aku rapat juga. Dia tak sombong walaupun beza follower berpuluh ribu! Selalu saling memberi komen di blog masing-masing. Dulu Irine pernah diinterview paper Berita Harian (kot) dan dia mahu aku diinterview juga sebab BH mahu beberapa orang lagi blogger. Malangnya, aku terlebih had umur. Dia sangat supportive.

Masa Irine tunang juga, dia ada jemput aku. Haaa korang hado? Tapi, aku tak dapat hadir. Tapi dah lepas dia bertunang, dah slow sikit. Kurang berinteraksi. Seiring dengan dunia blogging yang makin suram. Apa-apa pun, tumpang bahagia melihat Irine kahwin muda. Sangat seronok tengok mereka. Semoga dapat anak dengan kadar segera ya. Turn aku? Hmmm target 2013 atau 2014. InsyaAllah. Calon? Hmm dah cukup duit nanti, ada lah yang dapat private message FB daripada aku. Hehehe.

P/S: Ingat nak tubuhkan Tabung Bantuan Perkahwinan Ayeem Ayam. Kahkah.

Dapatkan kad kahwin digital di jemputan.me



Monday, May 28, 2012

Rekod Emak dan Abah


Kat tempat/kampung aku sekarang, ramai yang kahwin dengan orang kampung sendiri. Aku tak pasti benda ni normal ke tak kalau kat tempat/kampung lain. Tapi kat kampung aku ni memang ramai lah yang dapat jodoh dengan orang kampung. Raya pun diorang tak pening kepala.

Tapi, so far takde siapa pun boleh pecahkan rekod mak dan abah aku. Yang jarak jodoh mereka hanya 33 meter mengikut kiraan Google Map. Aku siap ukur guna pembaris lagi. Haha. Yang A tu rumah aku duduk sekarang. B pulak rumah arwah nenek aku a.k.a bekas rumah bapak aku. C pulak rumah moyang aku, a.k.a bekas rumah mak aku.

Emak aku duduk dengan neneknya masa kecik sampai lah ke besar, sebab ibu emak (nenek aku) meninggal masa lahirkan adik mak aku (mak cik aku). Atuk aku pulak kahwin lain. Tu sebab lah emak aku duduk dengan nenek dan makciks dia.

Jadi, ada kemungkinan tak aku pecahkan rekod mereka? Jiran aku belah bawah rumah (mengikut peta) semuanya makcik pakcik aku je, takde anak perempuan yang available. Jiran belah atas pulak india semuanya. Memang takkan lah haha. Ke korang ada kenal mana-mana insan yang punya rekod lebih baik?



Saturday, March 10, 2012

2 Kisah Noda Paling Keji


22 tahun lebih aku hidup ni, macam-macam cerita noda lah yang pernah aku dengar dan baca. Tapi aku ada 2 kisah yang paling keji yang aku nak kongsi dengan korang ni. Kisah benar ya, bukan kisah macam dalam skrip lucah cikgu Suraya tu.

Okay, cerita pertama ni aku tengok kat TV3 masa zaman sekolah menengah dulu. Lupa rancangan apa, tapi jam 11 malam. Masa tu bincang pasal masalah sosial remaja. So, ada caller seorang ni, perempuan. Cerita dia lebih kurang camni lah.

"Saya ni anak orang kaya. Ibu bapa saya selalu outstation ke luar negara atas urusan bisnes. Rumah saya selalu kosong. Jadi, suatu malam tu saya dan abang anjurkan parti. Kami jemput semua kawan-kawan kami datang ke rumah. Lepas dah mabuk-mabuk, kami semua menganjurkan 'permainan' bertukar-tukar pasangan. Kami tutup lampu, lepas tu cari pasangan masing-masing randomly untuk lakukan hubungan seks. Kami having sex, kemudian tidur. Keesokan pagi, bila bangun tidur saya tengok lelaki yang bersama saya itu adalah abang saya sendiri".

Gila tak? Dia call sampai menangis-nangis. Serius keji gila. Kalau dah mabuk mana nak perasan kan? Tu dia, pengajaran yang kaw-kaw Tuhan bagi.

Kes kedua pulak, aku terbaca kat surat khabar. Untuk segmen yang tanya pendapat tu, yang biasanya pasal cinta dan rumah tangga tu. So, ada lelaki seorang ni kongsi kisah dia untuk bertanyakan pendapat dan pilihan apa yang patut dia buat. So, kisah dia lebih kurang macam ni lah.

"Saya syak ada sesuatu yang tak kena antara isteri saya dengan bapa saya. Suatu hari, saya panjat atas siling bilik bapa saya untuk siasat apa-apa yang tak kena. Kemudiannya, saya ternampak isteri saya melakukan hubungan seks dengan bapa saya. Tapi saya tidak memberitahu sesiapa. Saya risau hubungan bapa dan ibu akan retak. Patutkah saya rahsiakan perbuatan mereka?"

Ni lagi gila kan?! Mertua menantu pun jadi! Astaghfirullah. Motif entry aku ni cuma nak bagitahu kat korang benda sebegini teruk pun pernah terjadi kat dalam masyarakat kita ni. Minta dijauhkan.



Tuesday, February 28, 2012

Terbongkarnya Ayeem Ayam


Tadi member ofis aku a.k.a graphic designer perempuan tu google image "vitagen" kot, kurang pasti. Lepas tu dia terjumpa satu gambar yang dihoskan di sebuah blog ni. Lepas tu dia godek-godek isi blog tu. Aku tengok macam kenal je blog tu. Rupanya blog Nurdani. Tengah dia syok scroll up down buka next page bagai, aku ternampak muka aku kat bahagian sidebar (seperti di atas). Jilake! Terus aku teringat komik "Reaksi Setan" tu. Kalau kantoi, mampos!

Lepas tu perbualan (diringkaskan) seperti di bawah bermula.
Dia: Macam mana eh dia buat semua ni guna Excel?
Aku: Eh, blog member ni. Entah lah. Guna tool apa entah. Tak pernah tanya pulak
Dia: Wah yeke? Kau ada blog?
Aku: Ada (aku jujur, tak reti menipu)
*Sambil tengok-tengok blog Dani*
Dia: Eh, ni macam muka kau lah
Aku: Hahaha (gelak je mampu)
Dia: Blog nama apa?
Aku: Err, tu gambar aku lah. Haha. Erm, Ayeem Ayam (agak berat nak bagitahu)
Terbongkarnya macam tu je lah. Aku memang terlalu jujur weh. Boss aku pun cakap aku ni jujur. Harap dia tak terbaca komik tu. Lepas tu ada lah borak-borak pasal blogging. Dia curious macam mana boleh buat duit dengan blog apa semua. Lepas tu dia cakap, "Sekarang ni semua orang nak ada blog kan". Macam-macam lagi lah. Tapi antara statement yang paling aku ingat sampai sekarang ialah "Ada yang gunakan blog untuk menunjuk kan? Tunjuk beli ini, beli itu lah". Haaa blogger mana lah tu? Kekeke.

P/S: Lagi satu ayat paling ngetop bila dia godek blog aku. "Bapak ayam? ish ish ish".



Monday, February 20, 2012

Kerjaya yang Berbelit


Pada yang masih ingat aku masih study lagi, boleh baca entri "Quit Study?" ni. Aku quit study di pertengahan semester satu. Exam pun tak ambik. Lepas seminggu duduk menganggur di rumah, Alhamdulillah ada freelance job Telekom Malaysia. Job tu ambik masa sebulan untuk disiapkan, 1 Jan - 31 Jan.

Selepas seminggu job tu siap, dapat offer kerja di UIA, sebagai flash guy, kontrak setahun. Dah pergi survey UIA semua dah. Memang dah confirm sangat lah nak kerja situ. Siap dah dapat rumah sewa dah pun jumaat 10 Feb hari tu. Tinggal nak jenguk rumah je keesokannya. Dan dan dah dapat rumah sewa tu, petang tu jugak dapat mesej dari Karangkraf suruh pergi interview 15 Feb. Hati aku berbelah bagi terus. Nak sangat Karangkraf sebab syarikat besar, dekat pulak dengan rumah.

12 Feb, dapat call dari sebuah syarikat multimedia di Serdang. Sebelum ni aku pernah pergi interview untuk position C++ programmer kat syarikat ni, tapi gagal teruk! Yela, baru belajar C++ 3 bulan masa Degree, dah nak kerja. Hahaha lawak dan poyo. Kali ni diorang call untuk offer position grafik pulak. Tapi diorang nak test bakat aku dulu. So, 15 Feb dipilihnya untuk test aku.

15 Feb, aku pergi interview Karangkraf dari 8:30 pagi - 11:30 pagi. Interview tu kira aku dapat hadapi dengan jayanya jugak lah. Diorang nampak berminat dengan aku. Tapi, gajinya agak sangat sikit. Jadi, aku demand sikit lah. So, penemuduga pun perlukan masa untuk berbincang dengan pihak atasan berkaitan gaji tu. Penemuduga tu kata akan call dalam 2-3 hari untuk confirmkan.

15 Feb 12:30 tengahari, aku ke Serdang. Test tu agak tak berjaya lah. Part Flash, okay je. Part Photoshop kurang sikit. Sebab aku memang jarang gila guna Photoshop. Tapi, diorang still nak hire aku jugak sebab diorang suka attitude aku. Diorang yang cakap lah. Pastu diorang cakap aku mature. Kahkahkah! Tapi aku masih tak pasti sebab agak berbelah bagi nak ke Karangkraf atau ke Serdang ni. Diorang bagi masa sampai 17 Feb untuk berfikir dan bagi jawapan.

17 Feb aku buat keputusan untuk bekerja dengan syarikat di Serdang tu. Sebab tawarannya lebih lumayan lah. Di syarikat ni aku kena speaking 100% sebab aku seorang je Melayu, dan diorang pulak memang speaking english 24/7. Agak payah jugak lah. Tapi aku redah je. Sebab masa kat tempat kerja lama pun ramai gila foreigner, dari Turki, Iran, Somalia, etc. So, dah terlatih sikit lah.

20 Feb, hari pertama aku kerja. Langkah kanan bagi aku sebab hari pertama bekerja je dah ada fashionista datang interview. Hahaha. Nama dia Wani. Memang stylish lah. Dia dah dapat pun kerja tu. Tinggal dia nak buat keputusan je nak bekerja dengan kami ke tak. Harap-harapnya dia terima. Bersemangat sikit aku bekerja lepas ni :3. Tadi petang, Karangkraf call bagitahu aku berjaya untuk interview tu. Gajinya ada up dari yang ditawarkan masa interview tu, tapi masih sikit berbanding sekarang ni. Eloklah jugak, kalau tak mungkin aku akan menyesal kerja kat Serdang ni. Haha.

Tips yang aku boleh bagi korang untuk temuduga: Pertama, ikut rentak penemuduga. Kalau dia jenis gila-gila, korang pun gila-gila lah sikit. Personaliti tu penting juga. Penemuduga Karangkraf tu masa interview siap tanya pasal awek apa bagai. Haha. Tips kedua, ialah bernazar. 



Monday, January 30, 2012

Mengumpat


Mengumpat, gossip atau sesetengah orang menganggapnya sebagai sesi meluahkan perasaan salah satu dosa yang masyarakat kita dah lali, dah terbiasa. Mengumpat macam dah takde rasa apa. Even makcik-makcik pun anggap mengumpat tu macam rutin harian sambil-sambil sidai baju. Tipu lah kalau korang kata tak pernah mengumpat.

Sebabnya, memang tak nampak benda tu jahat sangat kalau dibandingkan dengan maksiat lain. Padahal mengumpat tu lebih berdosa daripada berzina. Berzina kalau taubat, Allah terima. Kalau mengumpat, kita taubat sekali pun, tetap takkan terhapus dosa tu melainkan kita sendiri pergi minta maaf kat orang tu.

Jangan ingat wish "Selamat hari raya maaf zahir batin" je dah kira settle. Ustaz Azhar Idrus pernah menjawab soalan orang, kita kena bagitahu detail kesalahan kita kat dia, maknanya kena bagitahu dia yang kita minta maaf tu sebab kita mengumpat. Memang payah lah kan?

Tapi disebabkan aku tahu betapa payahnya nak mencari orang yang aku dah umpat kat padang Mahsyar nanti, aku dah start minta maaf pada beberapa individu. Hari ni je aku minta maaf pada 6 orang blogger. Alhamdulillah, 5 daripadanya dah memaafkan dan lagi seorang menanti reply. Harapnya mereka ikhlas memaafkan, Amin. Mungkin ada lagi, tapi aku tak ingat atau aku tak berniat nak buruk-burukkan. Anggap je lah aku ada mengumpat kat korang semua, korang maafkan aku ya? Kalau aku ada guriskan hati korang, maafkan aku jugak ya? : (

Kalau korang ada mengumpat aku selama ni, boleh contact Facebook aku. Aku sedia memaafkan. Aku harap takde lagi yang mengajak aku mengumpat, mengutuk. Baru-baru ni ada seseorang yang mengajak, tapi aku hanya mampu balas 'no komen'. Harap korang faham lah ya kalau aku balas camtu.

P/S: Tapi rasanya dah banyak gila dah orang yang aku umpat selama aku hidup ni. Nampak gayanya kena lebihkan amal untuk backup pahala ni. Kat akhirat nanti mesti diorang semua akan ambik pahala aku, habis muflis! :(



Thursday, January 5, 2012

Bertih Jagung Diraja


2 atau 3 minggu lepas, abang aku dapat tiket free untuk Mission Impossible 4 IMAX, Sunway Pyramid. Bukan je tiket free, air free, popcorn free setiap seorang. Abang aku dapat free sebab abang aku kerja kat company architecture yang buat pelan apa bagai untuk pawagam TGV di seluruh negara. Memang seronok lah semua free, cerita pulak best gila (4.9/5 star aku bagi), IMAX pulak lagi.

Lepas filem tamat, dapat pulak produk baru TGV, Popcorn Royale. Dapat 2 bucket/tin. Bila rasa popcorn tu, humangaih stim semacam. Serious sedap nak mampos. 2 tin tu habis tak sampai 24 jam kot. Texture dia lain sikit daripada popcorn biasa. Caramel pun banyak, betul-betul selaput popcorn tu. Rasa caramel tu lah yang jadi hero sebenarnya. Memang lain lah rasa caramel tu, macam ada rasa coklat sikit apa entah.


Masa tu harga memang tak tahu berapa, sebab dapat free kan. So, semalam abang aku bawak lagi 2 tin. Kali ni bukan free lah, dia beli. Mahal jugak lah benda alah ni rupanya. 1 tin RM29, 2 tin RM50. So, di sini aku menyeru kepada semua supaya beli dan rasa lah sendiri keenakan TGV Popcorn Royale ni. Tengok, stim tak stim.

P/S: Kredit photo untuk amoi kawaii, Nicole.



Sunday, December 25, 2011

Meluahkan Perasaan?


Sebelum ni, aku pernah crush dengan seorang blogger. Tapi tak ke mana pun, sebab ada isu sikit. Sampaikan dia remove blog aku dari bloglist dia, dan sekarang pun jarang dah baca dan komen-komen kat blog dia. Tapi itu cerita lama, aku pun dah takde apa-apa feeling kat dia. Bukan Fatin Liyana tau, FL tu standard lah saje nak kenen-kenen, macam aku kenen sama Neelofa jugak, takde lah sampai melibatkan perasaan.

Kali ni pulak, aku bukan crush dengan blogger, tapi dengan reader blog aku sendiri. Dia takde blog, aku jumpa profile Facebook dia kat fanpage Ayeem Ayam.

Orang selalu berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, kita berterus terang saja. Mana lah tahu dia pun menyimpan perasaan yang sama. Kan rugi kalau dua-dua malu nak mengaku.

Itu yang aku buat 33 hari yang lalu, tapi mungkin tersalah orang atau tersalah masa. Mungkin jugak tersalah cara. Yelah, baru je 3 hari (kot) add, dah meluahkan perasaan. Bapak gelojoh kan? Bukan apa, dah bertahun-tahun mencari Mrs. Right, dan naluri aku mengatakan dia lah orangnya. Melalui gambar-gambarnya, penulisannya, interaksi dia dengan rakan FB, pun aku dah boleh tahu perangai orang tu macam mana. Sebab, aku memang suka observe sekeliling.

Jadi aku tak mahu dia terlepas kat tangan orang lain, tu sebab aku cepat-cepat luah kat dia. Siapa cepat dia dapat kan. Tapi aku cepat pun tak dapat jugak. Hahaha. Terlalu cepat agaknya. Sebab alasannya, dia belum bersedia. Dia pun dah 4 tahun menyingle katanya. Dia kata carilah orang lain, sebab tak mahu aku menanti dan mengharap. Isk, ini dah lah kali pertama aku meluahkan perasaan pada perempuan, negatif pulak outputnya. Tu lah, orang cakap 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari'. Ya, memang takde kena mengena pun pepatah tu dengan situasi kitorang.

Aku redha, bukan pasrah, kerana redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Ceh. Aku terima keputusannya dengan cara baik, dan kami masih berkawan macam biasa sampai sekarang. Hah, tang ni aku tak macam laki lain kan? Kalau laki lain biasanya dah maki-maki kalau cinta ditolak. Haha. Dah lepas kejadian tu, aku pun ada cuba bergaul dengan rakan perempuan lain untuk melupakan dia. Tapi ciri-ciri dia yang lengkap dengan apa yang aku cari selama ni, sangat membelenggu. Susah nak cari macam tu dah. Tu yang susah nak lupakan, dan sayang nak lepaskan.

Tapi orang juga pernah berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, jangan luahkan perasaan kat dia. Luahkan perasaan pada Allah.

Tapi aku dah terluahkan lah pulak kat dia. Hahadoi. Sekarang hari-hari aku berdoa supaya dipertemukan jodoh kami, sebab dah malas nak cari lain dah. Mencari itu sesuatu kerja yang payah tahu? Walaubagaimanapun, aku redha je sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Buat masa sekarang, aku akan setia menanti dan harapan aku takkan pernah pudar (cilakak, ayat novel) selagi dia tak bersama lelaki lain ATAU selagi aku tak jumpa perempuan yang mampu membuka pintu hati aku.

P/S: Mood jiwang gaban berscuba diving di lautan berombak rindu. Series, ini bukan Ayeem Ayam yang tulis ni. Ayeem Ayam dah dirasuk ni!



Tuesday, December 13, 2011

Quit Study?

Tahukah anda saya memang dah sah quit study? Saya dah tak pergi kelas seminggu lebih dah? Lecturer dah call saya tadi? Dah 3 test saya tak ambik? Saya dah mula apply kerja di 2 buah company tadi, dan sedang mencari-cari lagi kerja kosong?

Antara sebab aku tak mahu teruskan Degree di UiTM ni:
1. 3 tahun setengah terlalu lama.
2. Terlalu banyak subjek bertunjangkan add math.
3. Tak suka U yang terlalu banyak program wajib.

Aku tak pergi kelas sebab aku memang malas buang masa untuk benda yang konfom tak bagi apa-apa faedah untuk aku. Aku kat rumah sekarang tengah brush up skills untuk Adobe After Effect, Adobe Illsutrator dan Adobe Photoshop. Sebab mostly job yang aku nak, requirementnya memang nak mahir dalam Adobe Creative Suite.

Tahukah anda (lagi), Steve Jobs, Bill Gates even Mark Zuckerberg juga adalah college dropouts di mana mereka tidak menghabiskan Degree mereka? Begitu juga dengan Software Engineer Facebook Malaysia yang berbangsa Melayu? Video di bawah ni menguatkan lagi semangat aku untuk teruskan hidup dengan berbekalkan Diploma dan pengalaman setahun bekerja sebagai game artist/asst. programmer saja. Tapi aku kena ada skills yang kaw-kaw lah.


P/S: Siapa sayang aku, dan nak tengok aku kahwin cepat, tolong doakan aku dapat kerja yang bagus-bagus. Amin.



Saturday, December 10, 2011

15 Perkara Pasal Ombak Rindu


Tadi pagi pergi tengok filem Ombak Rindu dengan adik beradik. Adik perempuan aku ajak tengok. Ayat di sebelah aku bold untuk tekankan bahawasanya aku ni bukanlah mamat novel. Tapi, adik aku memang kuat baca novel. Ada beberapa perkara yang aku nak cerita pasal pertontonan aku tadi.
1. Sound quality suara pelakon 32kb/s, pecah! Tapi, sound quality lagu 256kb/s.
2. Maya Karin sangat cun gila bila bertudung, teringat kat Bella pulak.
3. Mak Aaron sangat jelik gila rupa dia, teringat kat Rosmah Mansor pulak.
4. Banyak adegan/dialog yang sepatutnya bukan lawak tapi jadi lawak.
5. Masa adegan ranjang urut kaki, sentuh pipi, aku tutup mata, cuma dengar je.
6. Tak bernafsu bila tengok rambut Lisa masa baru sampai airport.
7. Masa tengah syok tonton, alarm handphone aku berbunyi. Panas muka, malu.
8. Aaron bukan main ganas masa dengan Maya, tapi takut dengan Lisa?
9. Penggunaan 'MashaAllah' salah situasi, sepatutnya 'Astaghfirullahalazim'.
10. Julia Ziegler buncit bergegar.
11. Lakonan Lisa yang kononnya baran kurang menjadi.
12. Banyak kali jugak mata berair, tersalah order Popcorn perasa bawang pulak.
13. Menitis juga air mata jantan yang tak berapa jantan aku ni masa scene Aaron terlantar kat hospital. Kesetiaan Maya buat aku tacing. Darnit! Jiwang jugak aku ni.
14. Masa keluar panggung, ada seorang anak ni bahan bapaknya sebab menangis.
15. Jalan cerita memang best lah pada aku. Hebat penulis novelnya.
P/S: Kesimpulannya, jiwang jugak aku ni, patutnya aku ni pergi Rokdewel 2011.



Tuesday, November 15, 2011

Gambar Kelas Tadika

CTRL + Click untuk gambaran lebih jelas.
Dulu aku bertadika di Tadika dekat dengan Istana Klang, dekat jugak dengan satu masjid besar kat Kampung Jawa Klang. Masa tadika dulu ada perempuan, tapi masa bergambar asing-asing. So yang ada arrow dekat dalam gambar ni semua orang penting yang perlu korang kenal siapa.

Arrow MERAH: Aku lah. Hehe. Botak time ni. Tinggal tak bertakuk je kepala.

Arrow HIJAU: Bob (aku tak ingat nama betul dia, main letak je) lah yang ajak aku pergi beli nasi lemak dalam entry Memori : Nasi Lemak tu. Dia memang hari-hari pakai cap.

Arrow KUNING: Guru besar tadika tu. Dia jugak lah yang rotan aku sebab beli nasi lemak dekat luar tu (dalam entri Memori : Nasi Lemak).

Arrow PINK: Boboy, budak yang menangis sebab aku sliding ke arah dia dalam entry Memori : Sakiti Rakan tu. Haha.

Arrow BIRU: Botak (nama pun tibai sebab tak ingat nama) ni budak yang aku sepak celah kangkangnya sampai menangis tu (dalam entri Memori: Sakiti Rakan). Aku harap kau okay-okay saja botak. Kalau mandul, jangan cari aku.

P/S: Sumpah rindu zaman tadika. Zaman degree? Cam haram nak botak kepala aku!



Friday, November 4, 2011

Rekemended iPad Apps

iPad 2 aku masih belum jailbreak, tengah tunggu jailbreak iOS5 je ni. So, terpaksa lah guna free apps je buat masa ni. Kalau free apps ni susah nak cari yang best, so ni aku nak rekemen korang apps yang aku suka.


RECKLESS GETAWAY - Game konon-konon korang perompak. Korang kena langgar semua benda yang boleh dilanggar, kutip apa yang boleh dikutip untuk dapat score banyak. Memang syok lah buat kacau bilau kat jalan raya.


SPRINKLE - Game ni ala Angry Birds jugak, game fizik. Game ni pointnya kena padam api yang menyala tu je. Lagi sikit air digunakan, lagi banyak lah score korang. 


ASPHALT 6: ADRENALINE - Game kereta tak perlu lah aku nak explain lebih-lebih. Semua game racing sama je motifnya. Tapi game ni memang best. Grafik pun lawa, tu yang sampai 900MB+ size dia tu.


BROTHER IN ARMS 2 : GLOBAL FRONT - Game ni grafik dia boleh tahan je, tapi yang lain macamnya ialah game ni gunakan teknologi gyroscope. Memang rare! Kalau nak main, takleh baring, takleh duduk, payah! Kena berdiri, pusing badan korang, baru lah first person dalam game tu akan pusing. Kalau main hari-hari insyaallah kurus. Tapi korang jangan lah nak feel sangat kalau main sampaikan kalau ada letupan korang pun nak tercampak.


ROCK DRUM KIT - Kalau muzik app untuk iPad memang Garage Band lah yang famous, tapi berbayar. Kalau free (untuk app drum), aku suka Climb2b.com punya apps. Rock kit ni untuk main lagu rock, kalau lagu pop, ada kit khas, Pop Drum Kit. Both apps ni memang tak realistik sebab tak detect tekanan jari kita, (kalau ketuk kuat ke, slow ke, sama je tonenya) tapi tetap best. Kalau nak kit yang detect tone, boleh guna Ratatap Kematian Drum, tapi aku benci placement kit dia.

P/S: Kalau ada app best, rekemen lah kawan! 3 top apps kat atas ni FREE FOR A LIMITED TIME, masa aku download dulu FREE, sekarang tak pasti.



Saturday, October 22, 2011

Penularan Ayeem Ayam di UiTM


Masa aku masuk UiTM ni, of course lah aku berhasrat nak meluaskan lagi pengaruh blog aku among student UiTM Shah Alam kan. Orang kata apa, sambil menyelam intai punggung perempuan. Nampaknya agak berkembang dengan pantas jugak lah. Dengan bantuan readers UiTM yang promote mulut-ke-mulut, lama-lama ramai lah yang kenal kan. Terima kasih. Kalau dulu aku nampak budak kelas aku baca blog The Other Khairul, tapi minggu lepas aku ternampak member kelas perempuan aku dah start baca blog Ayeem Ayam dah. Haha. Terharu lah jugak.

Tadi masa program 1-Citizen, ada budak course aku, ada jugak budak course lain. Tapi yang laki 2 orang je termasuk aku. Cis. So, laki yang duduk sebelah aku ni dari Kelantan. Program tu dibuat kat makmal. So, seharian lah aku berfesbuk tadi. Semua pun dok online je. Tiba-tiba mamat sebelah aku ni baca blog Cik Epal. Maka perbualan ini terjadi:
Aku: Wah, kau baca blog Cik Epal eh?
Dia: A'ah.
Aku: Banner dia, header dia, aku lah yang buat.
Dia: Ohh.
Aku: Kau ada blog ke? Aku pun ada blog jugak.

Aku pun type lah ayeemayam.com kat url nak bukak blog aku. Baru je type ayeemayam kat url tu, dia dah bersuara.

Dia: Weh, aku selalu baca blog ko weh.
Aku: Haha yeke? *malu-malu*
Dia: Yela, blog Faiz Tapit semua aku baca. Gila lah, blogger femes.
Aku: Haha mana ada. *gelak malu-malu*
P/S: Salah satu sebab aku delete entry-entry lucah zaman dulu, sebab budak-budak kelas aku lah. Haha.



Thursday, October 6, 2011

Dunia Blog Melayu yang Kecil

Tadi ada seseorang bernama maira komen kat entry Program Pemantapan Wawasan, Santapan Mataku. Tengok link profile, mango_myra.blogspot.com. Damn, blog not found. Tapi aku faham lah dengan typo ni kan. Aku teka '_' tu sebenarnya '-'. So, jadilah mango-myra.blogspot.com. Haha dapat pun.

Bila tengok gambar kat sidebar ni macam biasa nampak. Bila baca About Me dekat sidebar, wah student UiTM Shah Alam. Godek entry sikit, terjumpa entry Penat Lelah Selama 3 Bulan. Darnit, henfon Samsung Galaxy S! Touchscreen! Pink color!

Sekilas baca laju-laju entri dulu-dulu, nampak pulak entri The Best Roadtrip. Aku nampak beg coklat. Masihkah korang ingat akan perempuan berhenfon pink touchscreen, berbag coklat, course CS229 yang aku dok wusha sepanjang program tu? Aku ada ceritakan dalam entry Program Pemantapan Wawasan, Santapan Mataku. Aku rasa, dia lah perempuan tu. Dia pulak dah baca and komen entry tu. Pergh! Suatu pengantoian yang cukup besar.

Lepas tu aku add facebook dia dan borak-borak. Dia tahu blog aku thru member kelas dia rupanya, dan memang sah dia lah perempuan yang aku usha kat program tu. Sekarang, aku dah malu. Kesimpulannya, dunia blog Melayu ni kecik je dan jangan memalukan diwi syendiwi dengan menulis secara detail siapa yang kau usha, di dalam blog. Sekian, terima kasih.



Saturday, September 24, 2011

Sambung Degree = Silap Langkah?

Aku rasa macam dah tawar hati nak teruskan pembelajaran ni. Banyak jugak halangannya. Halangan utama ialah sebab aku perlu mula balik dari bawah, dari part 1 kat UiTM ni, sebab aku lepasan diploma KPTM. Even adik aku, umur 20 sekarang Degree part 3 UiTM tahu?? Dia dapat fast-track. Aku pulak lagi 3 tahun + intern = 3 tahun setengah a.k.a 7 parts. Benda ni yang buat aku berubah hati serta merta! Sebab aku expect dapat 2 tahun je. Punca kedua sebab aku tak dapat nak sesuaikan diri balik as student. Punca ketiga rasa malas nak study benda yang tak penting dan takde kena mengena dengan kerjaya aku.

Point aku sekarang, aku rasa aku akan banyak sangat bazir masa kalau teruskan Degree ni. Aku grad umur 26 mungkin. What the heck?? Lepas tu baru lah nak kerja. 26 tahun masih takde kereta? Haha lawak. Kahwin bila?? 30? Dan of course akan membazir duit as well. Study ni banyak guna duit dan berhutang je. Elok sekarang aku takde hutang, nanti berhutang pulak berbelas ribu. Okay ni kalau aku teruskan belajar lagi.

Kalau aku ambil keputusan untuk berhenti dan berkerja? Mungkin aku boleh dapat dalam around or hampir RM2k gaji sebulan sebab ada pengalaman setahun bekerja. Dalam masa 3 tahun tu berapa banyak duit aku dah boleh dapat? Hutang pun takde. Umur 25 dah boleh kahwin kot. Kerja dapat duit, belajar guna duit. Belajar dapat ilmu teori je lebih, kerja dapat ilmu teori, ilmu praktikal, dan pengalaman. 3 tahun lepas bekerja pun mungkin pangkat dan gaji dah naik setaraf lepasan Degree.

Dalam bidang IT ni, segulung ijazah tak menjamin apa-apa. Skills dan pengalaman tu diutamakan. Dan kita kena ada speciality, baru orang akan cari. Kalau minta kerja lepas ni, aku mungkin akan apply kat Fireworks Solutions. Bekas teman kerja aku nama Amir, lepasan Master Computer Science UiTM pun cakap kalau dapat diputarkan masa, dia belajar sampai Diploma je lepas tu kerja. Dia dah bazir banyak masa.

Apa pandangan korang eh? Pendapat orang yang tengah bekerja dalam bidang IT sangat diperlukan. Aku pun agak buntu lagi. Help me! Aku rasa aku patut buat keputusan secepat mungkin sebelum terlambat. Aku sambung Degree ni pun sebab dengar cakap mak dan mak cik. Tapi mak cik aku tu doktor. Lain bidang lain caranya kan. I mean dia tak faham lagi dunia kerjaya IT. Mungkin aku perlu solat istikharah.

P/S: Dalam kehidupan muda aku ni, aku tak harap jadi orang yang kaya raya, cukup dapat berkeluarga dan hidup sederhana bermula dari bawah. Satu hari mesti berjaya jugak, Insyaallah.



Sunday, September 18, 2011

Program Pemantapan Wawasan, Santapan Mataku

Sabtu 8 pagi sampai Ahad 5 petang. Agak lama lah kan program ni. Venue kat Intec UiTM Seksyen 17, Shah Alam. Program ni untuk pelajar baru je. Ada qiamulail, ada ceramah. Penceramah yang betul-betul best ada dua orang. Seorang tu ustaz apa entah, memang lawak. Asyik kondem perempuan je, sama lah macam aku. Kahkah!

Lagi seorang yang best tu, pegawai Non-Resident, dia handle pelajar-pelajar luar kolej. Macam-macam cerita ada, memang syok! Pasal eksiden, samun, khalwat, macam-macam lah. Penceramah tu agak nakal pulak tu. Antara ayat yang over lucah yang aku ingat, "Kamu nak, kamu kahwin lah dulu. Nanti dah kahwin, nak romen ke, tumbuk lada ke, apa ke, lantak kamu lah." Bantai gelak semua. Ayat romen tu, okay lagi, dah banyak kali sebut sebelum tu. Tapi tumbuk lada tu memang agak over, sama pulak otak dia dengan otak aku. Haha.

Penceramah lain pulak, ada selit-selitkan politik sikit. Aiseyman. Menyampah pulak aku. Tapi apa-apa hal pun, program ni memang agak syok. Macam-macam cerita, pengetahuan yang aku dapat. Paling best dapat cuci mata lah. Tapi aku tak tahu kenapa aku asyik pandang seorang budak perempuan CS229, getah handphone kaler pink, handphone touchscreen, beg kaler coklat. Oh shit! Focus ayeem, focus!



Tuesday, September 13, 2011

Kemaluan Ditambah Kekelamkabutan di UiTM

Hari kedua, aku cadang taknak pergi kelas. Sebab kata senior-senior (member blog) seminggu kelas takyah pergi pun takpe. Tiba-tiba pukul 1 petang tadi Ninie (course Intelligent System) post kat wall Facebook aku tanya tak pergi kuliah ke, sebab tadi pagi ada kuliah, gabung dengan course dia. Aku dah kelam kabut dah. Next kelas aku pukul 2.10 petang.

Aku sampai kuliah awal, pukul 2.00 petang. At last, jumpa jugak member-member sama course CS230. Time tengah kuliah berjalan tu, borak-borak lah. Diorang tanya aku, aku ni budak Diploma ke, aku jawab ya. Pastu diorang tanya kenapa tak masuk part 3 terus. Aku jawab aku pun dah blur. Sumpah blur sebab aku tak pergi taklimat semalam.

Lepas kelas pertama, aku pergi pejabat apa entah tanya apa yang patut. Rupanya, aku patut masuk CS230 part/semester 3 sebab aku lepasan Diploma. Gembira jugak aku, sebab 2 tahun je kan. Time tu pukul 2 lebih, next class pukul 4. Lepas refer jadual waktu yang baru, aku cari Dewan Kuliah 1. Darnit, berpusing-pusing aku! Tanya orang fakulti sendiri pun tunjuk arah yang salah.

Tengah duk jalan-jalan cari DK1 tu, ternampak seorang perempuan ni. Aku tengok tangan dia, dia macam air-write (tulis atas angin guna jari telunjuk) bentuk "AA", sambil mulut dia sebut "Ayeem Ayam?" tapi tak keluar suara. Ahh, ni reader aku lah kot. Aku pun approach dia lah kang kena cop sombong. Aku tanya "Siapa eh?". Dia buat muka blur sambil tanya balik "Siapa apa?". Dalam hati aku, arghh! Lepas tu aku tebalkan muka tanya dia lagi "Cakap dengan orang kat belakang eh?". Lepas tu dia jawab ya. FFFFUUUUUUUUUUUUU! Aku rasa-rasa kawan dia (belakang aku) bagi isyarat kat dia yang aku ni Ayeem Ayam, tu yang dia respon balik tu. Siapa tadi?? Baik ngaku! Ke aku yang perasan? Hahaha

Lepas tu, aku pun masuk lah DK1, jumpa lah budak-budak CS2303A (part 3). Jumpa lah geng-geng aku, tapi diorang senior kat situ. Aku seorang je kot laki yang baru masuk. Tapi hari ni memang ramai betul lah jumpa awek lawa-lawa. Betul lah orang kata UiTM Shah Alam pusat awek comel berkumpul. Tapi tadi aku tetap fokus. Fokus, fokus!

P/S: Kesimpulannya, jangan tak pergi taklimat wahai pelajar baru sekalian.



Monday, September 12, 2011

Hari Pertama di UiTM

Malam semalam aku register course kat Student Portal. Time tu memang tak ramai register lagi. Tak sampai 10 untuk setiap 1 group. Lepas register course untuk semester 1 refer course outline CS230, aku pun tengok lah jadual waktu course aku dengan bantuan Tiqaa the senior. Aku tak pasti langkah-langkah yang aku buat ni betul ke tak. Aku pun memandai je. Habis tu tak tahu nak refer siapa, takde teman yang sama course, sama semester. Plan of Study pun aku takde. Shit! Gambe je lah.

So, hari hari ni kelas pertama pukul 11.30 pagi sampai 13:20 petang. Pagi tadi, aku pun gerak lah pukul 10:30 pagi, sampai fakulti pukul 11:00 pagi. Tak ramai pun. Jalan sampai ke pejabat apa entah, nampak lah pengumuman "Pelajar baru yang masih tiada jadual kuliah, sila berhimpun di bla bla pada 8:30 pagi". Memang siot aku dah tertinggal taklimat. Tu lah, berlagak pandai lagi. Aku harap takde apa yang penting.

Lagi merisaukan aku, aku tunggu kat bilik kuliah tadi takde orang. Aku dah pening dah. Buang masa aku betul datang U hari ni. Tapi kenapa takde orang? Aku takut ada perubahan ke apa. Habislah. Tapi aku fikir positif, diorang belum register course. Kan? Kan? *sedapkan hati sendiri*

P/S: Cukup 4 bulan, memang kurus aku. Berpeluh gila babas tadi.



Saturday, September 10, 2011

Kad Raya Lambat Sampai

Khamis lepas 8hb baru sampai kad raya yang aku tunggu selama ni. Yela, dari dulu tunggu tak sampai. Orang dah hantar, bila tak sampai, kita pulak yang rasa bersalah kan. Siap ada 'gift' katanya. Alhamdulillah, sampai jugak at last. Abang posmen ni jahat tau hantar lambat-lambat :( Anyway, terima kasih banyak DALIN.

Sampul view depan. Cantik tulisannya
Sampul view belakang + dalam. Hehe malu tite dia tulis camtu
Kad raya depan belakang. Comel kad raya ni. Ceria je kaler dia
Kad raya view dalam. Itulah dia GIFT yang dimaksudkan Duit raya! Hehe thanks Dalin! Banyak tu!
P/S: Aku cakap kat Dalin dulu, jangan lah bagi gift bagai sebab aku tak nak terhutang budi. Tapi dia cakap, tu sebagai balasan sebab blog-blog aku selalu hiburkan dia.