Sunday, December 25, 2011

Meluahkan Perasaan?


Sebelum ni, aku pernah crush dengan seorang blogger. Tapi tak ke mana pun, sebab ada isu sikit. Sampaikan dia remove blog aku dari bloglist dia, dan sekarang pun jarang dah baca dan komen-komen kat blog dia. Tapi itu cerita lama, aku pun dah takde apa-apa feeling kat dia. Bukan Fatin Liyana tau, FL tu standard lah saje nak kenen-kenen, macam aku kenen sama Neelofa jugak, takde lah sampai melibatkan perasaan.

Kali ni pulak, aku bukan crush dengan blogger, tapi dengan reader blog aku sendiri. Dia takde blog, aku jumpa profile Facebook dia kat fanpage Ayeem Ayam.

Orang selalu berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, kita berterus terang saja. Mana lah tahu dia pun menyimpan perasaan yang sama. Kan rugi kalau dua-dua malu nak mengaku.

Itu yang aku buat 33 hari yang lalu, tapi mungkin tersalah orang atau tersalah masa. Mungkin jugak tersalah cara. Yelah, baru je 3 hari (kot) add, dah meluahkan perasaan. Bapak gelojoh kan? Bukan apa, dah bertahun-tahun mencari Mrs. Right, dan naluri aku mengatakan dia lah orangnya. Melalui gambar-gambarnya, penulisannya, interaksi dia dengan rakan FB, pun aku dah boleh tahu perangai orang tu macam mana. Sebab, aku memang suka observe sekeliling.

Jadi aku tak mahu dia terlepas kat tangan orang lain, tu sebab aku cepat-cepat luah kat dia. Siapa cepat dia dapat kan. Tapi aku cepat pun tak dapat jugak. Hahaha. Terlalu cepat agaknya. Sebab alasannya, dia belum bersedia. Dia pun dah 4 tahun menyingle katanya. Dia kata carilah orang lain, sebab tak mahu aku menanti dan mengharap. Isk, ini dah lah kali pertama aku meluahkan perasaan pada perempuan, negatif pulak outputnya. Tu lah, orang cakap 'guru kencing berdiri, murid kencing berlari'. Ya, memang takde kena mengena pun pepatah tu dengan situasi kitorang.

Aku redha, bukan pasrah, kerana redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Ceh. Aku terima keputusannya dengan cara baik, dan kami masih berkawan macam biasa sampai sekarang. Hah, tang ni aku tak macam laki lain kan? Kalau laki lain biasanya dah maki-maki kalau cinta ditolak. Haha. Dah lepas kejadian tu, aku pun ada cuba bergaul dengan rakan perempuan lain untuk melupakan dia. Tapi ciri-ciri dia yang lengkap dengan apa yang aku cari selama ni, sangat membelenggu. Susah nak cari macam tu dah. Tu yang susah nak lupakan, dan sayang nak lepaskan.

Tapi orang juga pernah berkata, kalau kita minat kat seseorang tu, jangan luahkan perasaan kat dia. Luahkan perasaan pada Allah.

Tapi aku dah terluahkan lah pulak kat dia. Hahadoi. Sekarang hari-hari aku berdoa supaya dipertemukan jodoh kami, sebab dah malas nak cari lain dah. Mencari itu sesuatu kerja yang payah tahu? Walaubagaimanapun, aku redha je sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku. Buat masa sekarang, aku akan setia menanti dan harapan aku takkan pernah pudar (cilakak, ayat novel) selagi dia tak bersama lelaki lain ATAU selagi aku tak jumpa perempuan yang mampu membuka pintu hati aku.

P/S: Mood jiwang gaban berscuba diving di lautan berombak rindu. Series, ini bukan Ayeem Ayam yang tulis ni. Ayeem Ayam dah dirasuk ni!



Tuesday, December 13, 2011

Quit Study?

Tahukah anda saya memang dah sah quit study? Saya dah tak pergi kelas seminggu lebih dah? Lecturer dah call saya tadi? Dah 3 test saya tak ambik? Saya dah mula apply kerja di 2 buah company tadi, dan sedang mencari-cari lagi kerja kosong?

Antara sebab aku tak mahu teruskan Degree di UiTM ni:
1. 3 tahun setengah terlalu lama.
2. Terlalu banyak subjek bertunjangkan add math.
3. Tak suka U yang terlalu banyak program wajib.

Aku tak pergi kelas sebab aku memang malas buang masa untuk benda yang konfom tak bagi apa-apa faedah untuk aku. Aku kat rumah sekarang tengah brush up skills untuk Adobe After Effect, Adobe Illsutrator dan Adobe Photoshop. Sebab mostly job yang aku nak, requirementnya memang nak mahir dalam Adobe Creative Suite.

Tahukah anda (lagi), Steve Jobs, Bill Gates even Mark Zuckerberg juga adalah college dropouts di mana mereka tidak menghabiskan Degree mereka? Begitu juga dengan Software Engineer Facebook Malaysia yang berbangsa Melayu? Video di bawah ni menguatkan lagi semangat aku untuk teruskan hidup dengan berbekalkan Diploma dan pengalaman setahun bekerja sebagai game artist/asst. programmer saja. Tapi aku kena ada skills yang kaw-kaw lah.


P/S: Siapa sayang aku, dan nak tengok aku kahwin cepat, tolong doakan aku dapat kerja yang bagus-bagus. Amin.



Saturday, December 10, 2011

15 Perkara Pasal Ombak Rindu


Tadi pagi pergi tengok filem Ombak Rindu dengan adik beradik. Adik perempuan aku ajak tengok. Ayat di sebelah aku bold untuk tekankan bahawasanya aku ni bukanlah mamat novel. Tapi, adik aku memang kuat baca novel. Ada beberapa perkara yang aku nak cerita pasal pertontonan aku tadi.
1. Sound quality suara pelakon 32kb/s, pecah! Tapi, sound quality lagu 256kb/s.
2. Maya Karin sangat cun gila bila bertudung, teringat kat Bella pulak.
3. Mak Aaron sangat jelik gila rupa dia, teringat kat Rosmah Mansor pulak.
4. Banyak adegan/dialog yang sepatutnya bukan lawak tapi jadi lawak.
5. Masa adegan ranjang urut kaki, sentuh pipi, aku tutup mata, cuma dengar je.
6. Tak bernafsu bila tengok rambut Lisa masa baru sampai airport.
7. Masa tengah syok tonton, alarm handphone aku berbunyi. Panas muka, malu.
8. Aaron bukan main ganas masa dengan Maya, tapi takut dengan Lisa?
9. Penggunaan 'MashaAllah' salah situasi, sepatutnya 'Astaghfirullahalazim'.
10. Julia Ziegler buncit bergegar.
11. Lakonan Lisa yang kononnya baran kurang menjadi.
12. Banyak kali jugak mata berair, tersalah order Popcorn perasa bawang pulak.
13. Menitis juga air mata jantan yang tak berapa jantan aku ni masa scene Aaron terlantar kat hospital. Kesetiaan Maya buat aku tacing. Darnit! Jiwang jugak aku ni.
14. Masa keluar panggung, ada seorang anak ni bahan bapaknya sebab menangis.
15. Jalan cerita memang best lah pada aku. Hebat penulis novelnya.
P/S: Kesimpulannya, jiwang jugak aku ni, patutnya aku ni pergi Rokdewel 2011.