Saturday, July 30, 2011

Patriotik Pulak Aku Ni?

Kalau korang nak tahu, aku suka dengar lagu "1 Malaysia". Sedap woh! Si laki rambut panjang bertopi besbol tu pun power je suara. Haha. Dah lah ada beberapa awek, amoi yang comel. Lagi lah suka aku tengok. Tak salah aku, diorang masuk bertanding buat lagu 1 Malaysia, and budak-budak Lim Kok Wing ni menang. Kan? Hebat!



Lepas 1 Malaysia, diorang ada lagu baru pulak. Sekarang tengah hangat lagu "Malaysia Inovatif" main kat TV kerajaan. Pun sedap jugak. Budak-budak Lim Kok Wing ni jugak yang nyanyi. Berkali-kali aku dok ulang lagu ni kat Youtube. Haha. Patriotik pulak aku ni eh? Dulu time perhimpunan sekolah, nyanyi lagu Negaraku pun malas. :p Tapi semua lagu-lagu patriotik such as "Jalur Gemilang", "Keranamu Malaysia", "Nyalakan Tekad" dan banyak lagi, memang aku hafal semua.




Friday, July 29, 2011

Cerita Di Stadium (MAS vs SIN)

Semalam dengan semangatnya aku turun stadium untuk bagi sokongan pada Malaysia. Aku pergi dengan abang dan adik aku. Abang aku ambik half day semata-mata untuk game semalam. Aku gerak dari rumah pukul 3 petang, sampai sana pukul 3:45 camtu. Masuk stadium pukul 5 lebih, dari gate merah.

Disebabkan aku sampai awal, dapat tempat duduk pun best lah. Sumpah semalam crowded gila! Tak pernah aku pergi stadium, nampak orang yang tak dapat seat. Semalam ramai gila yang terpaksa berdiri. Yang datang lambat memang terpaksa berdiri lah. 

Tapi yang buat aku sakit hati semalam, bunyi hon kiamak tu. Sakit telinga, pening kepala lah sial! Ada budak kecil kat belakang aku main hon-hon. Nasib baik ada bapak dia. Kalau tak... Bunyi yang vuvuzela tu okay lagi sebab tak nyaring. Tapi memekak jugak lah. Apa fungsi tiup-tiup tu? Nak mengawan burung? Asap rokok pun macam biasa lah. Menyesakkan hidung aku. Sial lah. Tapi nak buat macam mana aku kat Malaysia, bukan Singapura.

Nasib baik ada yang buat aku happy. Hehehe. Awek-awek lah apa lagi. Seriyes ramai hotties. Bangga jugak lah sebab awek-awek hot pun dah tak malu nak sarung jersi Malaysia. Tapi tak malu dia tu memang betul-betul tak malu. Ketat siaaaallll. Bergegar kot time jalan. Dugaan mahadasyat. Banyak betul dosa aku semalam. Aku nak tengok bola atas padang je, tapi banyak pulak 'bola' lain. Darnit!

Abang aku semangat kuda padi, topi koboi
mari. Muka aku macam suntik vitamin C lak
Semalam ada insiden yang lawak jugak lah. Time layan mexican wave tu, aku over semangat agaknya. Bendera yang aku pegang pulak besar. Tak pasal-pasal lepas bersorak wave tu, bendera yang aku pegang tu melekat kat muka orang depan aku. Kahkahkah. Menggelupur dia nak lepaskan diri dari cengkaman tu. Ada rupa penyu yang nak lepaskan diri dari pukat tunda dah. Pastu aku say sorry je. Nasib baik budak sekolah. Kalau blogger tough, mahu kena tibai.

Pasal game semalam, Apek man of the match lah. Berapa banyak save woi? Kalau tak, mahu 4-5 gol bolos dah. Tapi untuk game ni, kita sebenarnya boleh menang ke atas Singapura. Tapi disebabkan kesilapan percaturan K. Rajagobal, semua musnah. Yes, bukan aku sorang je cakap camni, rupa-rupanya ramai yang anggap silap coach sendiri. Korang tengok je lah siapa yang tak patut diturunkan tapi diturunkan. Malas lah cakap banyak-banyak.

Apa-apa hal aku anggap takde rezeki je. Ada hikmahnya. Lagipun World Cup ni jauh sangat untuk kita. Piala Asia pun kita belum pegang. Slow-slow lah kan. SEA, Asean kita dah tawan, Asia pulak lah lepas ni. Aku mengharap juga pada skuad Olimpik kita. Diorang nampak ada peluang cerah. Ong Kim Swee pun lebih bijak mengatur pemain. Tengok lawan Chelsea hari tu pun memang menjadi lah skuad pilihan dia.

Jangan pudarkan semangat kita untuk teruskan sokongan pada Harimau Malaya! Rekod tak pernah kalah di laman sendiri (semenjak kebangkitan) masih tak calar lagi. Even Korea Selatan pun kita tibai 1-0 wei. Yang lawan kelab EPL tu, mereka 'bukan main di laman sendiri' ya. Terima kasih.

P/S: Aaron Aziz dan Adiputra berguru dengan player Singapore rupanya. Baru aku tahu. Takda gunanya ada player nama Jumaat Jantan tapi semua main macam pondan.



Wednesday, July 13, 2011

Tonton Live Malaysia vs Arsenal



Aku tak pergi stadium pun walaupun Arsenal team favourite aku. Aku ni bukan lah gila bola. Dah lah tengah pokai. Haha. Tapi kecewa takde live kat Astro. Astro takde hak penyiaran. Penganjur tak bagi. Tengok online je lahhh. Aku rasa channel streaming ni yang paling laju. Tapi depends on kelajuan internet korang jugak lah. Apa-apa pun, go go Malaysia!

SEO: Tonton Live Malaysia vs Arsenal, Watch Live Malaysia vs Arsenal,



Saturday, July 9, 2011

Tentang Bersih, Tentang Politik

SILA BACA SAMPAI HABIS UNTUK FAHAM PENDIRIAN AKU

Hari ni kecoh pasal BERSIH. Perhimpunan yang diilhamkan oleh Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam. Memang Ambiga seorang yang lahanat bila dia menuntut 14 perkara yang mencabar umat Islam. Kes Lina Joy murtad tu pun, dia yang bela.

Tapi, BERSIH ni takda kena mengena pun dengan IFC tu. Ramai salah sangka pasal motif BERSIH ni. Tuntutan utamanya cuma nakkan Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) lebih telus dalam pilihanraya akan datang. Nampaknya Pakatan Rakyat (PKR) yakin boleh menang lah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kalau SPR bebas penipuan.

Pasal perhimpunan BERSIH tu, tak salah pun sebenarnya dari segi undang-undang. Negara demokrasi. Agong pun dah benarkan, cuma kerajaan putar belit. Kerajaan kata kalau BERSIH dibuat di Dataran Merdeka, kerajaan akan benarkan sebab tak kacau orang. Tapi pendemo tadi nak ke Dataran Merdeka tak dibenarkan pula. Pening aku.

Kerajaan pun pandai juga. Dia buat roadblock sana sini, bagi jam sana sini sebab nak bagi masyarakat lain bencikan BERSIH je aku rasa. For sure lah rakyat lain akan salahkan BERSIH sebab jam apa semua tu kan. Nak buat perhimpunan huru hara? Aku tak rasa semua orang nak buat huru hara. Orang Malaysia masih cintakan keamanan, tapi nakkan keadilan.

Sebenarnya BERSIH ni ramai cina je pejuangnya. Tak percaya usha Fan Page BERSIH. Tapi aku tengok video, tengok TV, ramai Melayu je kat perhimpunan tu. Kah kah kah! Melayu dipergunakan. Cina dok rumah tengok dalam TV, tengok dalam internet je. Sokong dalam internet je. Yang kena pijak Melayu. Yang pedih mata Melayu. Kah kah kah lagi sekali.

Aku tahu kerajaan sekarang memang teruk, penuh fitnah, penipuan, rasuah. Tapi apa kurangnya Pakatan Rakyat? Lagi teruk aku rasa sebab dah mula berani mencabar Islam di negara ni. PKR pun bukan nak perjuangkan Islam. Sama je macam BN. But at least, dengan BN hak Melayu masih terbela. Kalau PKR perintah negara ni, aku tak tahu lah macam mana nasib Melayu nanti. 

Kerisauan aku bertambah bila terbaca blueprint Illuminati untuk Malaysia ni. Secara logiknya, kerajaan BN mampu buat apa-apa untuk menang PRU13. Tapi kalau betul PKR yang menang nanti, means memang BN tunduk pada telunjuk Yahudi, dan Melayu dalam bahaya. Tapi kalau betul pun berlaku, Melayu pasti akan bangkit nanti, sebab Malaysia lah pusat kebangkitan pasukan panji hitam. <-- Kalau korang kata tak diselitkan Hadis, jangan risau, aku baca banyak tempat dah. Siap berhadis, tapi ni yang mudah difahami.

Dalam politik sekarang, aku tak sokong mana-mana. Serious aku neutral sekarang. Dulu sokong PKR, tapi aku tengok PKR pun 2 kali 5 je. Dah malas nak ambil tahu. Tak sangka juga aku Zaharuddin pun sokong reformasi. Memang berani. Tabik! Reformasi elok, tapi kena tengok apa yang diperjuangkan?

P/S: Aku banyak juga baca pasal politik dan teori konspirasi. Aku kongsi apa yang aku rasa aku patut kongsi dan aku bagi pendapat aku. Pendapat korang? By the way, hey anon! Hang pengecut! Harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan walaupun aku tulis berbelit.



Friday, July 8, 2011

Bersara Terus Dari Lucah

Kalau korang pernah baca entry tak nak lucah lucah dah ni, aku ada sebut aku nak berhenti lucah kan? So far, aku takde dah lucah-lucah dalam Ayeem Ayam lepas tu. Melainkan entry Mandul yang agak lucah sikit, tapi berilimiah. Kahkah. Cuma nakal je lah kan yang banyak dalam Ayeem Ayam tu.

Tapi header Ayeem Ayam masih lucah kan? Aku ada cakap jugak dalam entry tak nak lucah lucah dah tu aku nak tukar header sebelum Ramadhan. Header baru yang suci dah pun siap sekarang, just belum pasang. Minggu depan kot baru pasang.

Tapi kalau Ayeem Ayam dah suci, tapi Pak Rodi, Dunia Tuto dan Inesen masih lucah pun tak guna jugak kan? So, aku dah buat keputusan untuk tak mahu lucah-lucah dekat Pak Rodi dan Dunia Tuto dah. Inesen pulak, aku nak tutup blog tu minggu depan. Inesen mana boleh tak nak lucah, sebab topik utamanya adalah pasal SEKS, tapi diinesenkan. Kahkah. 

Sayang jugak nak tutup Inesen sebab dah ada 267 followers, and 312 likes. Banyak tu 300+. Blogger lain nak dapat 300 pun makan tahun. Tapi, takde apa yang mampu menghalang niat aku lagi! Heh! (semangat)

Aku nak buat semuanya minggu depan sebab aku ada 1 lagi entry agak lucah kat Ayeem Ayam minggu depan nama tajuknya Jasa Abang. Dah siap dah, tinggal publish. Ni pasal memori, mesti kena kongsi! Kahkah. So, entry tu sempena persaraan aku dalam bidang perlucahan.

Lepas daripada tu, aku harap aku tak dikaitkan lagi dengan kelucahan. Hehe. Nakal-nakal sikit tu biasa lah laki. Lucah tak mahu dah. Wish me luck ogayh! Hehe. Bai.



Thursday, July 7, 2011

Har Har Har Bukan Milik Hamzah Ian

Dulu Hamzah Ian owner blog lucah Terbang Tinggi Tinggi a.k.a kekasih aku di Facebook pernah buat status lebih kurang macam ni "Nak kena patternkan/trademarkkan Har Har Har" sebab dah ramai yang dah gunakan gelak tu kat blog masing-masing. Dia pun panas lah.

Dalam arena blog Melayu memang Har Har Har sinonim dengan Hamzah Ian. Tapi sebenarnya Har Har Har dah digunakan semenjak tahun 1994, mungkin 1993 lagi. Har har har!

Semalam time nak download KL Gangster, aku terjumpa lah satu e-book (flash flipbook) Ujang edisi pertama, Januari 1994. Memang barang rare ni. Aku dah habis baca pun semalam. Ada lah satu komik Slash karya Gayour tu gunakan Har Har Har dalam gelaknya. Hehe.


p/s: Siapa yang dah download tu, file "ujang" tu agak memeningkan kan? Sebab takde extension. File tu .rar sebenarnya. So, open "ujang" tu with 7zip/WinRar, then extract. .rar kot, tak pun .zip. Pandai-pandai lah. Hehe



Wednesday, July 6, 2011

Download KL Gangster 2011


Download KL Gangster 2011 yuk! Siapa yang belum tengok, memang korang patut tengok. Aku yang dah tengok ni pun nak tengok lagi. Link aku dah bagi kat bawah tu. Aku syorkan download MKV Mediafire. Sebab Mediafire tak perlu tunggu. Dan file MKV ni sizenya kecik, tapi quality OK. Ok, enjoy!

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Format MKV
Mediafire : Part 1 / Part 2
Hotfile : Part 1 / Part 2
credit to : TeamAryzs

Tak boleh akses Mediafire, Hotfile, Rapidshare dan segala website yang dah kena block dengan SKMM? Follow tutorial tukar DNS ni.

SEO : Download KL Gangster 2011, KL Gangster Full Movie, KL Gangster Review, KL Gangster Sipnosis Sypnosis, Download KL Gangster Mediafire Hotfile



Tuesday, July 5, 2011

Aku Bukan Sombong, Tapi...

Sesiapa yang dah jadi friends aku kat Facebook, korang akan tahu aku ada perangai yang semacam akan sombong. Aku jarang nak tegur member Facebook yang lain, dan aku selalu tak on chat.

Aku bukan sombong sebenarnya, kalau korang ajak aku borak, memang akan balas je. Cuma aku jarang nak memulakan perbualan tu. Aku pun tak pasti kenapa.

Aku memang ada masalah 'keep in touch'. Member sekolah, kolej aku pun entah ke mana. Jarang dah borak-borak. Memang aku macam tu. Bukan sombong, just tak reti nak 'keep in touch'. Bodoh nya aku.

Pasal tak on chat pulak, entah lah. Tak suka. Semenjak hari pertama aku ada Facebook pun aku tak suka on chat. Macam mengganggu privasi sikit. Lagi-lagi bila ramai-ramai tegur kat chat tu, memang argh tension.

Lain orang, lain gaya. Aku bukan sombong, bukan diva. Memang gaya aku macam tu. Sejak dari azali lagi. Sejak Pakcik Razali belum lahir lagi.



Monday, July 4, 2011

Kejutan Elektrik


Dah dekat setahun charger laptop aku yang ori rosak. Then aku beli lah yang ciplak punye kat Low Yat. RM70 kot tak salah. Tapi semenjak-dua menjak ni, charger ni buat hal. Aku tak pasti lah charger ke apa punca masalahnya. Tapi, aku selalu kena kejutan elektrik. Seriously sakit woi.

Dah lebih 20 kali agaknya. Kadang-kadang kena kejutan through audio jack, kadang-kadang through USB port, kadang-kadang through LAN port. Hishh, memang bahaya. Kalaulah aku mati sebab kena kejutan elektrik time tengok porno ke. Bagus, hal ni menghalang dan mengingatkan aku. -__-



Motif?



Motif blog ni tak lebih daripada update benda remeh, update benda yang orang tak nak baca, update entri-entri santai, entri SEO sikit-sikit. Ayeem Ayam aku taknak rosakkan kesuciannya. Bahaya kalau update benda-benda kat atas ni. Tak boleh jadi legend nanti. Ngahaha.

Kira ni blog yang betul-betul peribadi lah senang cerita. Okay, selamat memfollow kalau nak dan disajikan entri-entri sengal dan bongok. Jangan terkejut kalau pasal berak pun aku update. Hahahakk. OK, babai!