Wednesday, August 31, 2011

Gambar Raya Sebijik

Kalau tahun lepas tema Dr Rozmey, ini tahun tema Max 24:7. Ada rupa ahli kpop ke? Tak kot. Rupa bapak orang ada. Macam menteri pun ada. Macam sial je rupa aku sekarang. Gemok!

Hari tu ada yang nak sangat tengok aku pakai spec kan? Saksikanlah kehodohanku. Pakej dengan muka tembam sekali. Aku harap bila aku tembam dan berkacamata ni, muka aku dah tak jadi murahan sangat. Hehe. Tapi tak boleh, kena diet jugak lepas ni. Isk gawat!

Kalau kurang segak, kurang kemas, sampin serabut, songkok senget, biasa lah tu. Orang bujang, takde siapa nak tolong. Lain lah yang ada bini. Untunglahhh. Dah macam sangap sangat nak kahwin pun ada aku ni kan? Damn lah.

P/S: Tadi time nak salam tetamu, berlaga badan dengan awek berkebaya. Kbai



Sunday, August 28, 2011

Munjung Tersepit Tangga

Munjung ialah tradisi keturunan Jawa di mana (cehh) setiap family ni masak-masak then bagi jiran dan saudara mara. Masak apa? Masak ketupat, kuah kacang, sayur lodeh, rendang, and so on. Bila? Dekat-dekat nak raya, within a week sebelum nak raya lah biasanya.

So, parents aku decide buat munjung hari ni. Huargh, pagi-pagi lagi aku dah basuh ayam. 10 ekor woi! Memang bertambah lah keayaman aku ni. Mak aku masak lauk ayam kicap je. Tapi ayam kicap mak aku ni kira favourite ramai jugak lah. Hehe.


Lepas basuh ayam tu, aku dah tak buat dah kerja masak-masak tu. Aku kemas bilik je. Time nak lap habuk kipas siling tadi, terjadi satu insiden yang mampu menggelapkan masa depan aku. Isk isk. Nasib baik takde apa-apa yang teruk. Dah lepas lap kipas, time aku nak tutup tangga tu, boleh pulak anu tersepit. Gilo, dah macam gunting anu pulak. Hmm panjang sangat pun susah. I mean tangga tu, panjang, tinggi sangat pun susah.



Saturday, August 27, 2011

Sah! Baju Raya Kaler Coklat

Family aku beli baju raya asing-asing. Means masing-masing beli sendiri lah. Tak sama-sama beli. Tapi secara kebetulan baju diorang (mak, bapak, abang, adik) aku semua coklat. Aku pulak bercadang nak pakai tahun lepas punya, kaler hitam.

Dah pulak diorang paksa aku beli baju raya baru, kaler coklat jugak. Tone tak kisah lah kalau tak sama, asalkan coklat. So, tadi siang pergi Alam Sentral kejap. Dapat lah baju melayu kaler #7E3517 dan sampin songket. Total RM220. Darn it. Sayang duit aku.

Lebih kurang camni lah kaler baju raya aku. Malas nak tangkap gambar. Huhu
And and, aku rasa kan, aku nampak Azar tadi. Dia dengan kakak dia kot. Dia pakai jubah hitam and high heels. Woot! Tapi tak berani tegur pun. As usual, aku ni kan pemalu. Hehe. Lagipun takut tersalah orang. Huhu.

Tapi sebelum pergi Alam Sentral tadi, pergi Puncak Alam dulu. Pergi usha bakal rumah sewa adik aku. And and, anak perempuan tuan rumah tu lawa. Kbai. *gedik cegampang*

P/S: Rumah sewa adik aku tu ada kosong 3 kepala. Rasa-rasa korang tu student UiTM Puncak Alam yang tengah cari rumah sewa, contact aku.



Thursday, August 25, 2011

Mak Baca Kad Raya Hamzah Ian

Hari Selasa lepas kad raya Hamzah Ian sampai rumah. Kad raya tu ikhlas sebab murah rezeki katanya. Ikhlasnya sampai lupa padam harga kat kad tu. Haha. Apa-apa pun terima kasih lah untuk kad tu. Tapi yang aku ralat, dia sayang posmen lebih daripada aku. Untuk abang posmen, tulisan kemain lawa. Untuk aku, berkerut-kerut dahi nak baca.

Kira lawa lah tulisan untuk abang posmen

Kad raya muka depan dan belakang

Tulisan untuk aku. Harga kad di bucu kanan-atas.
Pagi tadi lepas sahur, boleh pulak mak aku capai kad tu. Kad tu pulak aku letak dekat-dekat meja makan. Mak aku bukak sampul je aku dah gabra. Aku lupa ada ayat lucah ke tak kat kad tu.Mak aku baca.

Mak: Ayam Jemain. Ayam?
Aku: Ayeem kot.
Mak: Ayam lah. Selamat hari raya wahai rakan gay
Adik: Wahai rakanku <- cover aku kot
Mak: : Rakan gay lah
Aku: Bak sini, err a'ah gay. Alah saje-saje tu
Mak: Gay semua lah <- nada risau
Aku: FFUUUUUUUUUUUU <- dalam hati

Lepas tu aku letak kad tu dekat atas meja, aku tak bagi kat mak balik. Darn it! Aku ni dah banyak kali sangat dah kantoi dengan mak aku. Baca entry-entry kat bawah ni.

1. Adikku Sayang

P/S: Dalin ada bagi kad jugak. Tapi tak sampai lagi. Bukan rejeki aku agaknya.




Wednesday, August 24, 2011

Aku Mamat Specky Sekarang

Lepas doktor nasihatkan aku buat spec haritu, aku pun bersetuju lah nak buat. Nak sambung belajar kan. Karang tak nampak, susah pulak. So, malam semalam aku pergi Kedai Optik E View Care kat Shah Alam Seksyen 18. Kedai tu best, owner dia chinese, tapi fasih gila melayu. Service tiptop, cepat! Petang tadi dah siap dah. Harga pun murah. Aku buat RM340 je (glass High Definition, kalau malam, lampu kereta tak pecah, tak silau). Kalau kat England Optical ke, Menara ke, 2 kali gand kot? So lepas check mata tu, result pun keluar.

Mata Kanan : Rabun Jauh = 100; Silau = 225.
Mata Kiri : Rabun Jauh = 100; Silau = 250.


Silau aku lagi tinggi daripada rabun aku. Pakar tu cakap, silau ni lagi bahaya daripada rabun, lagi cepat naik kalau tak jaga betul-betul. Dia cakap lagi, orang yang ada silau tinggi ni kalau tak pakai spec, mata cepat penat, kepala cepat pening. Patut lah semenjak seminggu lepas kepala aku pening je. Bila menghadap laptop je, tak lama tu mesti pening. Aku ingat kurang tidur, tapi berlarutan sampai seminggu. Sekarang dah terjawab dah.

Dari form 3 aku dah rabun sebenarnya. Tapi rabun aku power rendah je, so aku tak pakai lah. Sebab tak selesa. Tapi dah jadi macam ni, nampaknya aku wajib pakai spec 24/7 lah. Lagi-lagi bila tonton video Max 24:7. Phuihh! Huahhh, berubah terus penampilan aku. Nasib baik muka aku 'agak' sesuai pakai spec yang aku pilih. Kat atas tu lah spec aku.

P/S: Hai geeks! Selamat berkenalan. Name saye Zaim.



Tuesday, August 23, 2011

Voice Over yang Lawak!

Dulu aku ada share satu video pasal Milo Ais, tapi masih tak tahu siapa ownernya. Sekarang, aku dah jumpa channel Youtube dia. Banyak lagi video voice over yang dia buat. Lawak sial, tapi favourite tetap yang Milo Ais yang kat bawah ni. Haha











Dan banyak lagi video kat youtube.com/faradyable




Sunday, August 21, 2011

Bogel Dulu, Bogel Sekarang

Tadi aku pergi klinik Azman di Klang nearby KTM station Klang. Kali kedua pergi klinik tu. Last aku pergi sana 10 tahun lalu. Time tu aku sunat kat situ lah. Hehe. Aku memang sunat lambat sikit, darjah 6. Ingat lagi, dulu dibogelkan untuk disunat. Ish malu okay. Dah lah pembantu doktornya perempuan x' |

Tu 10 tahun lepas, tapi tadi aku terpaksa tanggal baju dan tanggal seluar jugak. Tapi bukan lah sebab nak sunat buat kali kedua. Tanggal baju sebab nak X-Ray, tanggal seluar sebab nak isi urine dalam bekas. Medical check up tadi. Alhamdulillah settle. Selagi tak settle, selagi tu lah aku serabut.

Tapi time check mata kat klinik tu tadi, memang teruk dah. Power mesti dah naik lah ni. Dah 7 tahun tak tukar spec. Dulu 100+ power, sekarang mahu 300-400. Oh shit. Jumaat ni nak pergi check mata and beli spec pulak. Ahh duit lagi. Duit, duit, duit!

Daftar belajar nanti, duit lagi. Grr. Nasib baik ada kumpul dan simpan duit selama aku bekerja setahun tu. Dapatlah jugak menampung kelas tarian caklempong aku. Aku agak takut jugak nak study nanti. Huhu dapat ke aku survive? Isk isk. Anyway kalau ada yang tegur aku nanti, jangan terkejut lah kalau aku tersipu-sipu gedik dengan korang. Aku memang pemalu orangnya. Heee. 



Friday, August 19, 2011

Baju Raya


Tahun ni macam tahun lepas, macam dua tahun lepas. Aku masih pakai baju melayu kaler hitam. Tiga tahun straight baju sama. Korang mampu? Jimat, tak membazir. Tapi kalau shirt tu ada lah beli baru. Sebab, boleh pakai untuk harian jugak nanti kan.

Aku bukan lah enjoy sangat. Time kecik boleh lah enjoy sikit. Dah besar-besar ni, rasa dah malas dah nak raya. Boring dan memenatkan je sebenarnya. Lagi-lagi bila ada budak-budak datang beraya. Rasa tak nak bukak pintu pun ada. Hmm, maybe aku tak faham perasaan diorang. Sebab aku time kecik pun aku beraya dengan family je. Takde lah beraya dengan kawan-kawan kutip duit raya semua.

Kiranya, dari kecik sampai besar pun aku tak berapa enjoy raya aku. Mungkin bila dah berumahtangga nanti, baru lah raya aku akan rasa lain sikit kot? Kesimpulannya, aku perlu kahwin secepat mungkin. Kbai.



Tuesday, August 16, 2011

Spam Link Di Komen


Siapa yang perasan, kotak komen dekat www.ayeemayam.com ada tulis "NO LINK SPAM PLEASE". Ada nampak pengurangan lah jugak. Tapi masih ada yang letak link pada komen. Hari tu Obefiend pun ada buat entry pasal link spam ni. Bukan main marah lagi dia.

Aku sebenarnya tak kisah pun. Yep, tak kisah sehingga lah aku terbaca entry Cikgu Dahlia pasal blog MariBinaBlog kena remove sebab Google kata blog tu blog spam. Blog spam sebab ramai letak link dekat komen lah. Gila lah. Tak sanggup aku blog aku kena delete.

So, harap lepas ni, takde lagi yang letak link pada komen. Benda tu bagi keuntungan kat korang, tapi mampu membunuh blog yang korang spam tu. Lepas ni kalau ada yang letak link I HAVE TO delete lah. So sorry. :(



Friday, August 12, 2011

Mimpi Bersama Amoi

Tadi aku tidur dalam pukul 7 lebih pagi, aku mimpi. Lokasi kat Taman Shamelin, Cheras dekat kolej aku dulu, KPTM KL. Watak dalam mimpi tu Andy, member sekolah aku yang berbangsa cina. Watak lagi satu amoi mana entah.

Si Andy yang berkereta ni tinggalkan aku dengan amoi kat tepi jalan. Then aku cakap dengan amoi, aku gerak naik skuter aku je. Gerak ke mana pun aku tak pasti. Tapi aku cakap kat dia, nak ikut, ikut, tak nak, sudah. Gayanya macam nak ikut.

Skuter aku parking area situ je. Aku tuju ke skuter yang tak jauh dari situ, dia pulak tak gerak mana-mana. Dah start enjin skuter apa bagai, tinggal nak fetch dia je. Tiba-tiba aku terjaga sikit-sikit dari tidur.

Aku cuba pejam mata. Nak sambung balik mimpi tadi lah konon. Tapi gagal! Siap buat jalan cerita sendiri guna imaginasi lagi. Tapi gagal nak connect balik. Jilaka lah macam ni. Melepas nak naik motor dengan amoi.  =__="





Monday, August 8, 2011

Minta Tolong Atau Mempergunakan?

Dalam dunia blog ni, aku dah macam superhero. Banyak yang suka minta tolong aku. Aku tahu aku boleh terbang. Tapi itu adalah header semata-mata. Ada yang aku layan, ada yang aku tak layan. Kebanyakannya aku layan. Tapi yang aku tak layan bila berkaitan flash.

Mintak tolong ajar flash takpe, aku boleh bagi guide. Tapi aku tak boleh harapkan aku je. Kenalah berdikari. Google apa guna? Youtube apa guna? Nak maju kena explore sendiri, seriyes. Kau akan belajar lebih kalau kau tak manja. Lambatlah maju seseorang yang tak reti gunakan Google dengan sebaiknya.

Tapi kebanyakan yang mintak tolong tu, mintak header free. Kalau yang rapat, itu okay lagi. Mungkin dia gurau, walaupun masih menaruh harapan. Aku tolak dengan baik. Mungkin dia akan cakap aku poyo sebab tolak kemahuannya. Tapi lantak lah nak cakap apa. Nak jaga hati kau je, hati aku ada kau jaga?

Banyak juga kes, aku tak pernah kenal kot. Kadang-kadang email, atau baru je add aku kat Facebook mintak header. "Ayeem, kau terer flash kan? Boleh tolong bla bla bla". Kejap, kau siapa ni nak mintak tolong aku? Kenal pun tak? Aku takde lah jawab macam tu. Aku cakap baik-baik "Aku tak buat benda free". Kalau tak reply langsung pun ada, tapi baru sekali rasanya.

Tapi aku persoalkan balik. Adakah tu namanya meminta tolong? Atau kau mempergunakan aku? Even dari mula blogging dulu aku takde buat benda free melainkan header Hamzah Ian, Faiz Tapit, Yuyu Zulaikha, Cik Epal. Mana-mana header yang ada muka aku je yang free. Aku bagi free sebab aku tahu akan terjadinya win-win situation. Berbaloilah aku buat pun.

So, bukan senang lah nak dapat barang free dengan aku. Kalau aku dah bagi benda free kat 100 orang, berapa ribu lagi yang akan datang? So, tak perlu lah mintak-mintak lagi. Mungkin korang cakap aku kedekut. Lantak kan. Aku bukan orang yang banyak terluang masanya. Kalau korang ada kat tempat aku, baru korang tahu macam mana susahnya nak jaga hati ramai orang.



Thursday, August 4, 2011

Rezeki Ramadhan Rayuan Diterima


"ALHAMDULILLAH". Ayat pertama yang terpacul dari mulut aku. Rezeki Ramadhan namanya. Dulu masa keputusan UPU keluar, dukacitanya aku tak dapat mana-mana course yang aku apply. Aku apply UKM, UPM dengan UiTM time tu. Lepas tu aku buat rayuan lah.

Hari tu orang besar UiTM, aku lupa siapa nama and apa pangkat dia, ada cakap, tempat kuliah banyak kekosongan, tapi kolej tu yang jadi masalah. So, aku agak yakin aku boleh dapat sebab aku memang tak perlukan kolej sebab perjalanan dari rumah aku ke UiTM 15 minit je macam tu.

Untuk yuran tu, kalau betul kerajaan tanggung, Alhamdulillah. Aku pun tak pasti lah yang kerajaan tanggung tu, semua pelajar atau yang terpilih je. Kalau yang terpilih, memang aku bertuah lah. Sebab, untuk diploma aku yang kosnya RM36,635.00 tu pun MARA convert jadi biasiswa terus. Terima kasih Allah, terima kasih MARA.

Kepada senior-senior UiTM tak kisah lah course Computer Science ke apa ke, bimbinglah saya yang kecil, junior dan comel ni ya? Kahkahkah.