Friday, July 29, 2011

Cerita Di Stadium (MAS vs SIN)

Semalam dengan semangatnya aku turun stadium untuk bagi sokongan pada Malaysia. Aku pergi dengan abang dan adik aku. Abang aku ambik half day semata-mata untuk game semalam. Aku gerak dari rumah pukul 3 petang, sampai sana pukul 3:45 camtu. Masuk stadium pukul 5 lebih, dari gate merah.

Disebabkan aku sampai awal, dapat tempat duduk pun best lah. Sumpah semalam crowded gila! Tak pernah aku pergi stadium, nampak orang yang tak dapat seat. Semalam ramai gila yang terpaksa berdiri. Yang datang lambat memang terpaksa berdiri lah. 

Tapi yang buat aku sakit hati semalam, bunyi hon kiamak tu. Sakit telinga, pening kepala lah sial! Ada budak kecil kat belakang aku main hon-hon. Nasib baik ada bapak dia. Kalau tak... Bunyi yang vuvuzela tu okay lagi sebab tak nyaring. Tapi memekak jugak lah. Apa fungsi tiup-tiup tu? Nak mengawan burung? Asap rokok pun macam biasa lah. Menyesakkan hidung aku. Sial lah. Tapi nak buat macam mana aku kat Malaysia, bukan Singapura.

Nasib baik ada yang buat aku happy. Hehehe. Awek-awek lah apa lagi. Seriyes ramai hotties. Bangga jugak lah sebab awek-awek hot pun dah tak malu nak sarung jersi Malaysia. Tapi tak malu dia tu memang betul-betul tak malu. Ketat siaaaallll. Bergegar kot time jalan. Dugaan mahadasyat. Banyak betul dosa aku semalam. Aku nak tengok bola atas padang je, tapi banyak pulak 'bola' lain. Darnit!

Abang aku semangat kuda padi, topi koboi
mari. Muka aku macam suntik vitamin C lak
Semalam ada insiden yang lawak jugak lah. Time layan mexican wave tu, aku over semangat agaknya. Bendera yang aku pegang pulak besar. Tak pasal-pasal lepas bersorak wave tu, bendera yang aku pegang tu melekat kat muka orang depan aku. Kahkahkah. Menggelupur dia nak lepaskan diri dari cengkaman tu. Ada rupa penyu yang nak lepaskan diri dari pukat tunda dah. Pastu aku say sorry je. Nasib baik budak sekolah. Kalau blogger tough, mahu kena tibai.

Pasal game semalam, Apek man of the match lah. Berapa banyak save woi? Kalau tak, mahu 4-5 gol bolos dah. Tapi untuk game ni, kita sebenarnya boleh menang ke atas Singapura. Tapi disebabkan kesilapan percaturan K. Rajagobal, semua musnah. Yes, bukan aku sorang je cakap camni, rupa-rupanya ramai yang anggap silap coach sendiri. Korang tengok je lah siapa yang tak patut diturunkan tapi diturunkan. Malas lah cakap banyak-banyak.

Apa-apa hal aku anggap takde rezeki je. Ada hikmahnya. Lagipun World Cup ni jauh sangat untuk kita. Piala Asia pun kita belum pegang. Slow-slow lah kan. SEA, Asean kita dah tawan, Asia pulak lah lepas ni. Aku mengharap juga pada skuad Olimpik kita. Diorang nampak ada peluang cerah. Ong Kim Swee pun lebih bijak mengatur pemain. Tengok lawan Chelsea hari tu pun memang menjadi lah skuad pilihan dia.

Jangan pudarkan semangat kita untuk teruskan sokongan pada Harimau Malaya! Rekod tak pernah kalah di laman sendiri (semenjak kebangkitan) masih tak calar lagi. Even Korea Selatan pun kita tibai 1-0 wei. Yang lawan kelab EPL tu, mereka 'bukan main di laman sendiri' ya. Terima kasih.

P/S: Aaron Aziz dan Adiputra berguru dengan player Singapore rupanya. Baru aku tahu. Takda gunanya ada player nama Jumaat Jantan tapi semua main macam pondan.



Comments
10 Comments

10 comments:

Akim Iqbal said...
This comment has been removed by the author.
Akim Iqbal said...

mcm cilake.. rugi aku tak pi

Ayeem Jemain said...

haha hang jauh kan?

Akim Iqbal said...

aku kalau nak pi sana kena naik flight, kalau ada orang sponsor boleh aa

Luqman Yusoff said...

pastu dapat awek2 jersi Malaysia x sorang?hahaha

Ayeem Jemain said...

akim pergh sponsor siap. tak dapat lahh haha

luqman unfortunetli tidak. haha. tak try pon :p

eton said...

huhuhu.. sabo je la...

nEuR0 shEwAzni said...

heh ! part last tu aku paling suka !!

cik ungu said...

aku semangat assabiyah nak duduk dkat2 team ultras malaya tp x dpt.

deym lah..



mas maen ok kot. cuma passing bola macam ntah ape2.

Isteri Encek Bard said...

PERGHHH MUKER CAM PKI BOTOX