Saturday, July 9, 2011

Tentang Bersih, Tentang Politik

SILA BACA SAMPAI HABIS UNTUK FAHAM PENDIRIAN AKU

Hari ni kecoh pasal BERSIH. Perhimpunan yang diilhamkan oleh Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam. Memang Ambiga seorang yang lahanat bila dia menuntut 14 perkara yang mencabar umat Islam. Kes Lina Joy murtad tu pun, dia yang bela.

Tapi, BERSIH ni takda kena mengena pun dengan IFC tu. Ramai salah sangka pasal motif BERSIH ni. Tuntutan utamanya cuma nakkan Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR) lebih telus dalam pilihanraya akan datang. Nampaknya Pakatan Rakyat (PKR) yakin boleh menang lah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kalau SPR bebas penipuan.

Pasal perhimpunan BERSIH tu, tak salah pun sebenarnya dari segi undang-undang. Negara demokrasi. Agong pun dah benarkan, cuma kerajaan putar belit. Kerajaan kata kalau BERSIH dibuat di Dataran Merdeka, kerajaan akan benarkan sebab tak kacau orang. Tapi pendemo tadi nak ke Dataran Merdeka tak dibenarkan pula. Pening aku.

Kerajaan pun pandai juga. Dia buat roadblock sana sini, bagi jam sana sini sebab nak bagi masyarakat lain bencikan BERSIH je aku rasa. For sure lah rakyat lain akan salahkan BERSIH sebab jam apa semua tu kan. Nak buat perhimpunan huru hara? Aku tak rasa semua orang nak buat huru hara. Orang Malaysia masih cintakan keamanan, tapi nakkan keadilan.

Sebenarnya BERSIH ni ramai cina je pejuangnya. Tak percaya usha Fan Page BERSIH. Tapi aku tengok video, tengok TV, ramai Melayu je kat perhimpunan tu. Kah kah kah! Melayu dipergunakan. Cina dok rumah tengok dalam TV, tengok dalam internet je. Sokong dalam internet je. Yang kena pijak Melayu. Yang pedih mata Melayu. Kah kah kah lagi sekali.

Aku tahu kerajaan sekarang memang teruk, penuh fitnah, penipuan, rasuah. Tapi apa kurangnya Pakatan Rakyat? Lagi teruk aku rasa sebab dah mula berani mencabar Islam di negara ni. PKR pun bukan nak perjuangkan Islam. Sama je macam BN. But at least, dengan BN hak Melayu masih terbela. Kalau PKR perintah negara ni, aku tak tahu lah macam mana nasib Melayu nanti. 

Kerisauan aku bertambah bila terbaca blueprint Illuminati untuk Malaysia ni. Secara logiknya, kerajaan BN mampu buat apa-apa untuk menang PRU13. Tapi kalau betul PKR yang menang nanti, means memang BN tunduk pada telunjuk Yahudi, dan Melayu dalam bahaya. Tapi kalau betul pun berlaku, Melayu pasti akan bangkit nanti, sebab Malaysia lah pusat kebangkitan pasukan panji hitam. <-- Kalau korang kata tak diselitkan Hadis, jangan risau, aku baca banyak tempat dah. Siap berhadis, tapi ni yang mudah difahami.

Dalam politik sekarang, aku tak sokong mana-mana. Serious aku neutral sekarang. Dulu sokong PKR, tapi aku tengok PKR pun 2 kali 5 je. Dah malas nak ambil tahu. Tak sangka juga aku Zaharuddin pun sokong reformasi. Memang berani. Tabik! Reformasi elok, tapi kena tengok apa yang diperjuangkan?

P/S: Aku banyak juga baca pasal politik dan teori konspirasi. Aku kongsi apa yang aku rasa aku patut kongsi dan aku bagi pendapat aku. Pendapat korang? By the way, hey anon! Hang pengecut! Harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan walaupun aku tulis berbelit.



Comments
15 Comments

15 comments:

SN said...

like,sume dah 2x5 je..

bantalijau said...

walau sape pun jadi PM. . .

harga minyak tetap naik~

woha.

salemaziz said...

due kali 5.setuju. aku rase, neutral amat sesuai dalam hal ini.

NurAfizahMazlan said...

Like it bebehhh

Raden said...

aku sokong kau. kau jadi la wakil rakyat. aku undi. eh


weh..aku betul2 tak puas ati org atas tuh yg duduk kat bilik ekon dgn kerusi pusing, siap tepuk2 tgn dgn kopi susu kat meje. sedap je...yg bersusah payah. melayu. siyes kesian kat kaum aku yg tak leh pk pnjang nie..

hamzah ian said...

jum la buat parti baru satu.. hahaha

AiraEzaira said...

politik mainan orang kaya :S

Sofeafaudzi.photography said...

i suka entri ni...

nureen said...

i loiikeeee!!!

yaya_flanella said...

betul. tak payah sokong mana2. -.-

http://yayaflanella.blogspot.com/2011/07/macam-ni-ke-layanan-pihak-polis-kepada.html

jiah said...

Cubalah tengok negeri yang PKR perintah. Konspirasi ni sapa2 pun boleh buat. Kenapa tak bagi peluang lain sedangkan umno dah 50 tahun masih macam tu. Fikir-fikirkan.Kita anak muda tak kan masihselesa. Kita boleh buat perubahan. Wallahua'lam.

Liyana Aziz said...

dah mula cuak bila baca blueprint tu... it's ok, itu yang majoriti Melayu mintak... =)

abgcho said...

2X5=10 :D

abgcho said...

rasenye tau dahh , ngapa ayeem nk insaf (",)
good luck :D

kaammeeyy said...

ai sebenr nyew x bpe nk pham hal bersih2 nie...by d way...tq coz pham kan ai walau ai nie lmbt pham....huhhu